CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1666|Reply: 1

Arsenal tamatkan badi di Everton

[Copy link]
Post time 18-9-2023 09:50 AM | Show all posts |Read mode

TROSSARD (kanan) menjaringkan gol untuk Arsenal. FOTO REUTERS

Liverpool: Arsenal menamatkan penantian enam tahun untuk meraih kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Everton selepas Leandro Trossard meledak gol tunggal Gunners untuk kemenangan 1-0, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta terpaksa bekerja keras untuk meraih kemenangan pertama mereka di Goodison Park sejak 2017, dengan penyerang Belgium, Trossard menjaringkan gol pada pertengahan separuh masa kedua.

Arsenal tidak berada pada tahap terbaik mereka tetapi sudah memperoleh kemenangan keempat dalam lima perlawanan musim ini.

Arteta sudah memberi amaran kepada barisan pemainnya bahawa mereka hanya akan menamatkan badi di Everton jika beraksi bermati-matian dan jelas sekali barisan pemain menyahut cabaran itu.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal kini menduduki tangga keempat liga, kurang dua mata di belakang pendahulu, Manchester City, dalam usaha mereka menebus kekecewaan perebutan kejuraan liga musim lalu.

"Sudah lama kami tidak meraih kemenangan di sini. Barisan pemain mempamer permainan yang hebat dan tidak memberikan peluang kepada lawan. Kami mendominasi permainan dan sepatutnya menang dengan jumlah jaringan lebih besar.

"Everton tidak mencipta satu pun peluang. Kami kekal bersabar dan Leandro akhirnya meledak gol cantik untuk memenangi perlawanan," katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu memberi peluang kepada penjaga gol, David Raya melakukan penampilan pertama selepas berhijrah dari Brentford.

Keputusannya merehatkan Aaron Ramsdale di bangku simpanan berbaloi selepas Raya cemerlang mengawal gawang Arsenal.

"Tiada apa yang berbeza. Saya mempunyai 11 pemain untuk dipilih dan antara mereka tiada yang berbeza," kata Arteta mengenai keputusannya tidak menurunkan Ramsdale.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-badi-di-everton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 10:17 AM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada pasukan the gunners
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.233947 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list