CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3486|Reply: 0

Pochettino kecam tindakan penyokong Chelsea

[Copy link]
Post time 18-9-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Pochettino kecam tindakan penyokong Chelsea


Aksi Liga Perdana Inggeris antara Bournemouth dan Chelsea di Stadium Vitality, Bournemouth berkesudahan 0-0. - Foto REUTERS


LONDON: Mauricio Pochettino mengecam tindakan penyokong Chelsea yang mencemuh pasukan selepas mereka seri 0-0 menentang Bournemouth.

Ben Chilwell mengangkat tangan sebagai isyarat memohon maaf kepada penyokong selepas tamat permainan, tetapi dia dimaki dan dicemuh penyokong yang tidak berpuas hati.

Pochettino turun tanpa 12 pemain utamanya yang cedera dan dia merasakan jangkaan penyokong terlalu tinggi dalam situasi sukar seperti itu.

"Jika anda melabur pasti mengharapkan pulangan. Jika tidak menang, memang normal untuk peminat rasa tidak gembira.



"Tetapi apa yang boleh saya beritahu ialah situasi kami ketika ini, saya tidak boleh mengubahnya. Realitinya tetap begitu. Ramai pemain kami cedera. Kami pasukan yang kuat jika semuanya ada. Dengan skuad penuh yang cergas, kami boleh hadapi apa sahaja.

"Kenapa ia berbeza untuk kami? Kerana kami tidak mempunyai skuad penuh dari awal musim. Apa yang boleh kami lakukan?

"Peminat boleh buat apa yang mereka mahu. Kami tahu apa yang perlu dilakukan. Kami mempunyai keyakinan tinggi, tetapi 12 pemain kami cedera hari ini. Kemudian tiga atau empat pemain muda di bangku simpanan. Saya perlu menerima hakikat ini dan kekal positif.

"Saya memahami emosi peminat, sudah pasti mereka membantah kerana mahu menang. Yang pasti mereka akan membantu pasukan untuk kemenangan Ahad ini di Aston Villa," kata Pochettino.

Chelsea hanya mengutip lima mata daripada lima perlawanan pertama mereka, dengan kemenangan tunggal hadir ke atas kelab yang baru naik ke Liga Perdana Inggeris, Luton. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-penyokong-chelsea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058576 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list