CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4944|Reply: 0

[Melaka] Jurang harga ketara, pembekal ‘tak minat’ pasarkan beras tempatan

  [Copy link]
Post time 19-9-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode

KHALIL Ahmad bercakap dalam sidang akhbar di Malim, Melaka.



MELAKA: Jurang harga begitu ketara antara beras tempatan dengan beras import menyebabkan segelintir pembekal dan peruncit tidak berminat memasarkan makanan ruji berkenaan, sehingga mencetuskan kekurangan bekalan yang sedang dialami di seluruh negara.

Pengerusi Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) Zon Selatan, Khalil Ahmad berkata, ini kerana bagi sekampit beras tempatan dengan berat 10 kilogram (kg) yang dijual pada harga RM26, mereka hanya memperoleh kadar keuntungan sekitar 50 sen.

Katanya, situasi itu membuatkan pemborong dan peruncit lebih berminat memasarkan beras import yang harganya jauh lebih tinggi pada waktu ini.

“Isu kadar keuntungan yang didapati daripada jualan beras, kalau sekiranya keuntungan itu terlalu nipis kebanyakan pemborong, peruncit sendiripun agak tidak bersedia untuk mengedarkan beras tempatan. Jadi pengguna sendiri akan terkesan tidak dapat bekalan.

“Margin yang mereka dapat contohnya peruncit sekitar 50 sen untuk sekampit 10kg. Ini melibatkan kos sewa, kos upah dan kos pekerja. Mereka tidak berminat untuk mengagihkan beras kecuali harga itu diapungkan dan selesa kepada peniaga,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas berkenaan pengapungan harga beras tempatan, Khalil berkata, pihaknya mencadangkan kerajaan mengapungkannya daripada RM26 untuk sekampit 10kg kepada RM29.

Jelasnya, kaedah itu dilihat kurang membebankan pengguna dengan kenaikan sekitar RM3 berbanding harga beras import yang sudah mencecah sehingga RM40, selain dapat membantu para pembekal, peruncit serta kelangsungan bekalan.

“Harga beras tempatan ini kalau boleh diapungkan supaya jurang antara beras tempatan dengan beras import tidak jauh beza. Mungkin kerajaan daripada segi tatacara, supaya boleh diapungkan sekitar RM29.

“Bagi selesa kepada pemborong untuk mengagih dan dapat keuntungan yang sesuai dengan harga dibekalkan oleh pengilang,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... kan-beras-tempatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.377140 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list