CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8642|Reply: 24

Cikgu Terkejut Murid Tahun 5 Tulis Perkataan LGBTQ Pada Kertas Lukisan, Alasannya Hanya Ikut Trend Di TikTok

[Copy link]
Post time 19-9-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Seorang guru terkejut apabila mendapati murid perempuan Tahun Lima menulis perkataan LGBTQ pada kertas lukisan. Perkataan tersebut ditulis kecil di bawah lakaran.


Menurut guru tersebut, lukisan yang dilakarkan oleh murid itu sangat cantik tetapi beliau terkejut apabila melihat perkataan LGBTQ+ yang ditulis.


Foto: FB




“Lukisan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ini telah saya pilih top 13 tercantik. Dia dapat hadiah sagu hati.


“Usai selesai penyampaian hadiah, saya terus mendapatkannya kerana merasa bertanggungjawab menegur dia. Saya sendiri mahu tahu niat dia menulis sebegitu rupa. Saya menemu bual dia yang kebetulan itu ditemani ibunya di sisi,” katanya.


Disoal tentang maksud perkataan itu, dia tidak memahami apakah yang dimaksudkan sebaliknya menjawab dia mengikut trending di media sosial.


“Berkali-saya saya bertanya, dia tetap menggelengkan kepala dan tersenyum sengih. Katanya dia tidak tahu apa maksud LGBTQ+. Dia hanya ikut trend di aplikasi TikTok.


“Saya sempat memberi penerangan ringkas dan yang paling mudah untuk dia fahami.


“L itu lesbian. G itu gay. Perempuan tak boleh bercinta dengan perempuan. Lelaki tak boleh bercinta dengan lelaki. Golongan ini Allah laknat. Lain kali adik jangan lagi tulis macam ini lagi ya,” katanya.





Setelah menerangkan dengan lebih lanjut dan diterangkan oleh rakannya melalui bacaan di Google, murid itu terus terkejut mendengarnya.


“Ada seorang kanak-kanak lelaki menggunakan telefon bimbit. Dia cari makna singkatan ini di Google dan terus membacanya kepada kami.


“Kanak-kanak perempuan ini terus memberi reaksi yang sangat terkejut. Dia baru tahu makna LGBTQ+.


“Ibunya berterima kasih kepada saya kerana telah menegur anak perempuan beliau mengenai isu ini. Semoga isu ini memberi manfaat dan pengajaran buat semua,” katanya. -CARI


Sumber:The Reporter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp lukisan budak tu cantikk.. kemas..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah seram.. yela bdk besar ni mn tau..tgk byk kt socmed nmpk cool.. dia Pon tulis je.. mcm bdk2 era zaman 2000 semua bnd tulis fuck.. merata2 ckp fuck.. padahal xtau apa Pon mksud pktaan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 19-9-2023 09:33 AM
Tp lukisan budak tu cantikk.. kemas..

Budak klas blakang memang pandai melukis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw,

aiol tak percaya budak tu inesen.

11 tahun. Bukan 6 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Unless, dia slow learner. Ha, ni ada exception.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 ko yg tulis kan .. demi content .. skrg ni susah sikit nak percaya apa2 semuanya kemaruk viral
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:47 PM | Show all posts
Ini tak ada apalah..

dah main tiktok, memang dia boleh sahaja tulis apa-apa yg dilihat ditiktok wlpun tak tau ertinya, tak tau eritnya dari segi moral, atau tak tau ertinya dari segi agama.

perkara yang tidak baik dlm pandangan sesuatu masyarakat itu ada disekeliling, sekadar terlihat dan terpengaruh untuk budak kecil itu boleh sahaja berlaku... tetapi takkkan kita orang dewasa tafsirkan sebagai sokongan pulak.. kelihatan tak waras disitu

yang paling penting ialah peranan orang dewasa yg berada sekeliling dia spt ibubapa.... orang dewasa perlu beri dididkan spt mana yang mereka mahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-9-2023 07:37 PM
Budak klas blakang memang pandai melukis.

Kannn.. jeles aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dgn LGBTQRS?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Haih la budak2…
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:13 AM | Show all posts
ALAAAAAAAAA......sebab cikgu-cikgu ponen pun semakin bertebaran keluar lemari post sana-sini memondan bagai kat tiktok .... dah normalize kan dunia kepondanan ni..mana tak bebudak confused.. yang kelempok, yang sado, yang tua, yang boroi... memasing pondan tak nak kalah kat social media...pastu claim in character untuk ajar bebudak... tu belum yang grooming budak2 sekolah lagi, yang buat blog sherita aziz lagi... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde anak panah tu, iols mmg tak prasan la..

Lukisan dia elok..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong le monitor content yg anak2 uols tgk tu..kat netflix pun ada anime jantan bercium dgn jantan bagai..seram betol..lama2 benda ni nmpk normal pula kt mata budak2 skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
apa benda bagi Saibah first tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik lukisan ko dik...aq yg zero talent dlm art ni mmpu tengok jelah lukisan2 yg cantik2,part lgbtq tu susah nk cakap mungkin betul dia x paham atau mungkin salah faham maksud sebenar,cuma aq nk tahu apa maksud bagi saibah first tu?ke nama budak tu saibah,dia mintak nk dpt tempat pertama dalam pertandingan lukisan tu ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 01:10 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 20-9-2023 01:11 PM

lobai Pas taknak ckp tiktok ni agenda yahoodi yg nak melalaikan ummah ke??


mmg tak la kann..sbb tanpa tiktok lobai dah takleh nak sebar fitnah dan memecahbelahkan msyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 19-9-2023 07:36 PM
Ya Allah seram.. yela bdk besar ni mn tau..tgk byk kt socmed nmpk cool.. dia Pon tulis je.. mcm bdk2 ...

Sebelum tu tak abis2 dgn GRUNGE merata riti.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-9-2023 01:14 PM
Sebelum tu tak abis2 dgn GRUNGE merata riti.

Siap ada geng kan. Geng hip hop, grunge, punk.. bodoh2 je zmn tu.. pki topi NY seluar baggy dh rasa cool gler.. tu blom lg zmn black metal.. lg la teruk
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 20-9-2023 07:06 PM
Siap ada geng kan. Geng hip hop, grunge, punk.. bodoh2 je zmn tu.. pki topi NY seluar baggy dh ras ...

Bodyglove tapak tangan kuning.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.263291 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list