View: 2176|Reply: 1
|
Anak Menantu Pun Orang Susah- Isteri Lumpuh Dan Suami Duduk Dalam Pondok Kanvas, Tak Ada Bilik, Tak Ada Tandas
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – “Kami tidak mahu menyusahkan anak menantu dan sebab itu kami pilih duduk di pondok ini. Lagipun, pondok ini sejuk” luah Zaimah Mohd Yusof, 54, yang mendiami sebuah pondok berdindingkan kanvas bersama suaminya, Mat Saad Abu, 53, di Kampung Kebun Pinang di Kuala Kedah, di sini sejak tahun lalu.
Zaimah yang lumpuh anggota badan kiri itu berkata, mereka berdua pernah menginap di rumah menantunya yang terletak bersebelahan pondok berkenaan sejak berpindah dari Perak ke Kedah pada tahun lepas.
Foto: Kosmo
“Sebelum ini, kami berdua tinggal di Kuala Kangsar, Perak tetapi tahun lepas bila suami hilang kerja kami balik Kedah. Kami tidak ada rumah pusaka.
“Beberapa bulan kami menumpang rumah menantu tetapi rasa tidak selesa sebab terlalu panas. Kemudian saya minta suami buat pondok ini di tanah milik menantu,” katanya.
Ceritanya, walaupun mendimi pondok yang serba daif tanpa kemudahan bilik mahupun tandas, namun mereka berdua tetap hidup selesa.
“Malam sejuk, siang pun tidaklah panas sangat. Bila nak mandi kami akan ke rumah menantu. Memanglah serba daif tetapi inilah ‘syurga’ kami.
“Mahu menyewa tidak mampu sebab suami hanya buat kerja kampung dengan upah RM40 sehari macam mana nak sewa. Mahu minta tolong anak-anak, mereka pun orang susah,” ujarnya yang mempunyai tiga anak.
Bagaimanapun kata Zaimah, mereka berdua masih berharap untuk memiliki rumah yang selesa bagi menghabiskan sisa-sisa hidup.
“Suami ada tanah pusaka di Changlun, harap dapat bina rumah di situ. Kalau rumah kecil pun tak apalah, nak bina sendiri tak mampu ,” katanya.
Tambahnya, setakat ini mereka berdua tidak memperoleh sebarang bantuan daripada mana-mana pihak dan bergantung harapan kepada menantunya itu yang bekerja kampung.
Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan akaun milih Zaimah di Bank Simpanan NAsional (BSN) 0820029000172174. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|