CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3436|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Padah letak macam-macam barang di siar kaki rumah

[Copy link]
Post time 20-9-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA barangan yang disita pihak DBKL dalam Operasi Pindah Halangan di PPR Pekan Kepong dan PPR Batu Muda, Kuala Lumpur pada 12, 16 dan 18 September lalu.

Kuala Lumpur: Letak pelbagai barang di siar kaki rumah dan menjadikan bilik riser sebagai stor peribadi untuk menyimpan pelbagai barangan.

Itu antara sikap pentingkan diri sendiri segelintir penghuni di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang langsung tidak menghormati jiran.

Susulan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Pindah Halangan.

DBKL sudah mengeluarkan notis makluman serta notis pemberitahuan kesalahan kepada mereka yang terbabit seminggu sebelum operasi dijalankan.

Katanya, operasi itu dilaksanakan di PPR Pekan Kepong pada 12 September lalu dan di PPR Batu Muda pada 16 dan 18 September lalu.

"Jadi mereka yang masih berdegil ini kena sita barangan yang menimbulkan halangan. Terdapat pelbagai barangan disita termasuk almari, kerusi kayu, meja plastik lipat, rangka katil, almari kasut dan perabot buruk.

"Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap penghuni yang gagal mematuhi arahan mengosongkan siar kaki di bawah Undang-Undang Kecil Perumahan Awam (Wilayah Persekutuan) 2000.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 atau enam bulan penjara," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, Operasi Pindah Halangan itu akan diteruskan di kawasan-kawasan PA dan PPR di bawah kendalian DBKL.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-siar-kaki-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.294012 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list