JAKARTA – Mahkamah di Indonesia menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atas seorang wanita atas kesalahan menghina agama selepas dia membaca doa sebelum makan hidangan kulit babi.
Lina Mukherjee, 33, didapati bersalah menyebarkan maklumat yang bermatlamat mencetuskan kebencian terhadap individu beragama dan kumpulan tertentu di mahkamah Palembang, wilayah Sumatera Selatan.
Lina ialah seorang penganut agama Islam dan tindakannya itu diselar oleh kumpulan konservatif termasuk badan ulama tertinggi negara itu, Majlis Ulama Indonesia, yang mendapati video tersebut bertujuan menghina agama.
Foto: AFP
Pesohor media sosial tersebut pada Mac lalu memuat naik video di TikTok yang memaparkan dia membaca Bismillah sebelum makan babi.
Video yang menerima berjuta-juta tontonan itu dikecam ramai terutamanya penganut agama Islam.
Selain hukuman penjara, Lina didenda 250 juta rupiah (RM76,161). Hukuman penjara terhadapnya akan dilanjutkan selama tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda. – CARI
Post time 20-9-2023 04:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat sekolah dulu ada senior surname mukherjee. Sheols bambam mcm gambar kat atas. Kulit putih2 merah. Taktau lah sheols chindian atau serani. Sheols rambut panjang. Comel je tgk.