CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8542|Reply: 13

Award Bisnes Kat Malaysia Ni Semua Berbayar Rupanya, RM15,000 Satu 'Table' Nok

  [Copy link]
Post time 22-9-2023 02:15 PM | Show all posts |Read mode






Kalau anda perasan, banyak betul anugerah bisnes dekat Malaysia sama ada dianjurkan oleh kerajaan mahu pun pihak swasta.

Kalau ‘award’ daripada kerajaan, maknanya pengiktirafan sangat hebat, tapi bagaimana pula dengan ‘award’ daripada pihak swasta. Prestij ke tidak?

Penganalisis pemasaran digital, Muhd Naim Mustafa berkata, kebanyakan ‘award bisnes’ di Malaysia yang dihadiahkan kepada pemilik atau pengasas (founder) produk adalah berbayar.

Kebiasaannya, ia dikendalikan oleh pihak majalah atau syarikat penerbitan yang mencari pendapatan melalui cara tersebut.

“Kalau award-award business dari swasta kat Malaysia ni mostly berbayar. Bila bisnes kau bagus, nanti ada certain magazine akan call. Cakap nak panggil untuk interview, then dia akan open pakej.

"Frontpage + cover story : RM5,000, Story 2 page : RM3,500, 1 Page : RM2,500.







“Dia akan racun la, ni untuk branding bla bla bla bla, senang networking nanti,” katanya menerusi laman X (Twitter).

Tidak hanya itu, tambahnya lagi usaha pihak berkenaan tidak terhenti setakat itu. Mereka akan menghubungi syarikat atau pun pengasas produk (biasanya pada penghujung tahun) untuk calonkan anugerah pula.

Sebagai contoh “Usahawan Terbaik Kategori Kosmetik 2023”. Jadi, mereka akan buka pakej jika pengasas tersebut mahu hadiri majlis prestij tersebut dengan bayaran satu meja boleh muatkan antara lima hingga 10 orang.

“Full table 10 orang : RM10,000; Half table 5 orang : RM5,500 Sama juga racun dia, boleh branding, boleh network dengan banyak bisnes owner/vip.

“Nanti ada upsell lagi. Kalau kau dah grab offer pertama, dia akan push untuk kau highest award. Mungkin Ikon Usahawan Muda 2023. Yang ni Menteri akan sampaikan. Harga maybe RM15,000 untuk full table sebaris VVIP dan Menteri.

“So dia racun, anugerah ni ibarat dari Menteri, sebab menteri yang sampaikan. Ada gambar dgn menteri, sesuai untuk branding.

“So itulah sedikit sebanyak tentang industri award berbayar kat Malaysia. Disclaimer : Thread ni tidak merujuk kepada mana-mana pihak, cuma pendedahan tentang insight award industri kat Malaysia,”

Dalam pada itu, netizen turut memberi pelbagai komen terhadap isu yang dibangkitkan.




Jadi, semua faham kitaran ekonomi sekarang, kan? - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 03:37 PM | Show all posts
awal sangat masuk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau lama laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
award oversea pn cmni. kena byr table. even for established company and bank pn sama
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Patot la kawan aku yg keja kat kedai perabot tu citer yg anugerah sekian2 yg company dia keja tu dapat sebenarnya berbayar. Kawan aku jugak la tukang apply pon award2 tu semua. Patut ler bersusun award itu ini dekat banner iklan. Nampak cam gah jugak la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 07:08 AM | Show all posts
zaman skrg apa sahaja yg boleh wat duit...

even jual air liur pun laku sakan...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2023 11:23 PM | Show all posts
Laa..mmg cenggitulah. Xde maknanya awards ni legit..organiser nak duit depa buatla event..so bayarla if nak nominated lepas tu jurry pun geng geng depa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:47 AM | Show all posts
kotakbaju: Hahaha. Patot la kawan aku yg keja kat kedai perabot tu citer yg anugerah sekian2 yg company dia keja tu dapat sebenarnya berbayar. Kawan aku jugak la ...
so macam K.A tu mmg layak la dapat award kan ? walaupun berbayar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 06:30 PM | Show all posts
money is king or king is money
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:17 AM | Show all posts
kira mcm modal la jugak ..
untuk naikkan nama .. kenala kuar modal
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:51 PM | Show all posts
gigahertz replied at 25-9-2023 01:47 AM
so macam K.A tu mmg layak la dapat award kan ? walaupun berbayar

KA dapat award apa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tau sbb bos meols sendiri pernah tercalon … tp dia tak beli table tapi beli slot iklan utk diletakkan dlm magazine organizer tu kekonon mcm penajalah .. hanya letak seketul logo bodoh tu sajok bodoh2 kena byr ribu2 uols …
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tau. LOL
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:10 PM | Show all posts
Sudah menjadi normalisasi benda ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.070767 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list