CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 0

[Perak] PH Perak tak perlu minta maaf isu Howard Lee tafsir al-Quran

[Copy link]
Post time 23-9-2023 05:52 PM | Show all posts |Read mode

Dr Mujahid Yusof

Parit Buntar: Semua pihak dinasihati berhati-hati dalam memetik atau menukilkan ayat al-Quran kerana dikhuatiri mampu menafsirkan ayat suci itu secara di luar konteks.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, apa jua tafsiran terhadap ayat suci perlu disertai dengan beberapa disiplin ilmu berkaitan supaya tidak berupaya dieksploitasikan bagi kepentingan sendiri.

Menurutnya, tidak sekadar berupaya mencetuskan kekeliruan, malah perbuatan memetik ayat kitab suci tanpa disiplin ilmu termasuk segi rujukan turut mampu menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak.

"Mana-mana pihak, tidak kiralah siapa jua, memang bagus petik ayat al-Quran kerana ianya kalam Allah SWT yang boleh berikan ketenangan, tetapi bukan jika ayat itu dipetik di luar konteks dan tidak disertai disiplin malah tiada siapa pun mengatakan (menafsirkan) sebegitu.

"Tidak kiralah siapa yang berkata (mentafsir) sama ada orang Islam atau bukan, saya nasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana mungkin boleh menimbulkan salah faham serta kekeliruan terutama dalam kalangan orang yang rasa tersinggung khususnya dalam suasana politik yang panas hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Karnival Jom Sihat 2023 Hospital Parit Buntar, di sini, hari ini.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular, baru-baru ini.

Mujahid berkata, beliau enggan menuding jari termasuk sama ada bersetuju atau sebaliknya dengan perbuatan Howard Lee, namun ia tidak sampai memerlukan PH Perak membuat permohonan maaf terbuka, setakat ini.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang ingin memetik ayat al-Quran perlu ada ilmu dan disiplin berkaitan selain perlu disertai juga dengan rujukan.

Katanya, ini kerana dikhuatiri tafsiran lari daripada makna asal yang seterusnya berupaya mengheret masyarakat kepada polemik.

"Cuma saya menasihati agar berhati-hati kerana al-Quran mempunyai disiplin tersendiri yang bukan sekadar hanya dibaca secara luaran (zahir).

"Bila kita hanya menukil begitu sahaja, maka orang yang tahu mengenai ayat al-Quran itu akan terasa kitab suci itu dipermudahkan tanpa satu perincian sebenar.

"Saya rasa tidaklah sampai kepada tahap macam itu (perlu untuk PH Perak memohon maaf). Cuma tiada salahnya untuk menasihati," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lee-tafsir-al-quran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.136121 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list