CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tegur YB melalui remix Tarik Balik

[Copy link]
Post time 24-9-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode

LAGU Tarik Balik (Remix) dihasilkan oleh Mohd Shafiq.

Kuala Lumpur: Jeritan 'tarik balik' berulang kali daripada bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang Parlimen minggu lalu mencetuskan idea Mohd Shafiq Sidek, 36, menghasilkan lagu campuran semula (remix) Hip Hop berjudul Tarik Balik.

Mohd Shafiq yang juga jurutera projek berkata, penghasilan lagu itu antara lain ingin menegur sikap segelintir Yang Berhormat (YB) yang berada dalam Dewan Rakyat.

"Sebenarnya, idea awal tercetus apabila melihat gelagat Ahli Parlimen dalam sidang Parlimen yang bermula tahun ini. Cuma, saya tidak ada masa nak buat sebab komitmen kerja lain.

"Namun, apabila isu 'tarik balik' ini menjadi bualan hangat di semua platform media sosial, saya ada terbaca satu komen yang mana 'tarik balik' itu mesti menarik jika 'remix' menjadi lagu Hip Hop. Dari situ tercetusnya lagu Tarik Balik ini.

"Isi kandungan video saya bukan kosong. Dalam rap lapan baris lagu ini, saya ada nyatakan dalam lirik yang membawa maksud pergaduhan itu macam pasar. Jadi, ia tak bagus dilihat oleh rakyat. Saya jadikan ia sebagai konteks untuk rakyat tengok gelagat dan nilaikan mereka. Ingin dijelaskan, saya tak berpihak pada mana-mana parti," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, lagu dan video dihasilkan itu turut mengundang kritikan segelintir pihak.

"Setakat ini ramai puji. Tidak dinafikan, ada juga yang mengkritik. Cuma bagi saya kalau kritikan membina sebagai contoh penggunaan bahasa saya salah, muzik tak sedap, saya boleh terima. Tapai kalau kata saya anti kerajaan, saya tak setuju," katanya.

Menurutnya, biar pun kerjaya sebagai penghasil lagu remix sekadar minat, Mohd Shafiq berbangga apabila satu daripada karyanya dipilih syarikat penstriman VIU Malaysia untuk kempen mereka pada 2021.

"Ini bukan pertama kali saya jadikan video orang sebagai 'sample'. Sebelum ini video 'Mana Mana Rancak Berdosa' saya ambil suara dia jadikan 'remix'. Lagu tu juga diambil VIU Malaysia jadikan kempen mereka. Itu pencapaian pertama saya

"Dalam masa sama, saya juga ada album lagu-lagu Hip Hop di Spotify. Boleh cari atas nama Mr Shaque. Ada lapan lagu dan tiga single. Semua lagu saya sendiri," katanya yang sebelum ini tular menerusi watak 'Ane Mamak' di TikTok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-remix-tarik-balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050103 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list