CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 6,476 saman dikeluarkan dalam Op HUU

[Copy link]
Post time 24-9-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis trafik menjalankan pemeriksaan dalam Op HUU Polis Kuala Lumpur di sekitar ibu negara, semalam. FOTO ihsan JSPT

Kuala Lumpur: Sebanyak 6,476 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, seramai 48 pegawai dan 657 anggota terbabit dalam operasi itu yang dijalankan di sekitar ibu negara.

"Kesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi semalam adalah halangan lalu-lintas dengan 4,816 saman dikeluarkan diikuti lain-lain kesalahan (1,285 saman) dan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (134 saman).

"Jumlah saman dikeluarkan itu juga membabitkan kesalahan tiada lesen memandu bagi individu tempatan (112 saman), jalan semasa lampu isyarat merah (46 saman), ubah suai nombor pendaftaran (58 saman), berhenti di petak kuning (tiga saman) dan tiada lesen memandu warga asing (12 saman)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sarifudin berkata, sebanyak 12 motosikal disita atas pelbagai kesalahan dalam operasi semalam.

"Kita menahan lapan individu atas pelbagai kesalahan trafik termasuk mabuk dan menjalankan kegiatan parkir haram selain kes dadah.

"Antara 23 operasi yang dijalankan dalam Op HUU semalam adalah Op Utama (had laju/LSD/ lampu isyarat merah); Op Motosikal; Op Samseng Jalanan; Op Parkir Haram; Op Mabuk; Op Khas; Op Pelbagai dan Op Halangan," katanyA

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uarkan-dalam-op-huu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.088279 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list