CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2907|Reply: 0

Newcastle pesta gol benam Sheffield 8-0

[Copy link]
Post time 25-9-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Newcastle, Bruno Guimaraes menyumbat gol ketujuh pasukannya ketika membenam Sheffield United 8-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane, Sheffield awal pagi tadi. – Foto REUTERS

SHEFFIELD, England: Newcastle United hampir menyamai rekod jaringan kemenangan terbesar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka membelasah Sheffield United 8-0 di Bramall Lane awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Eddie Howe berpesta gol menerusi lapan penjaring berbeza Sean Longstaff (minit ke-21), Dan Burn (m-31), Sven Botman (m-35), Callum Wilson (m-56), Anthony Gordon (m-61), Miguel Almiron (m-68), Bruno Guimaraes (m-73) dan Alexander Isak (m-87).

Rekod kemenangan terbesar dalam era EPL adalah 9-0, catatan yang dirakam Manchester United ketika membenam Ipswich dan Southampton masing-masing pada tahun 1995 dan 2021.

Liverpool menang 9-0 ke atas Bournemouth tahun lalu manakala Leicester melakukannya berdepan Southampton pada 2019.



Kekalahan terbesar Sheffield United dalam liga menyebabkan mereka tersungkur ke tangga tercorot carta EPL.



Penyerang Newcastle, Alexander Isak menjaringkan gol kelapan melepasi jangkauan poenjaga gol Sheffield, Wes Foderingham di Bramall Lane, Sheffield awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Dengan hanya satu mata daripada enam perlawanan pertama sejak kembali ke liga utama Inggeris, masa depan Paul Heckingbottom sebagai pengurus kini diragui.

"Gol pada babak pertama yang kami lepaskan terlalu teruk, tetapi babak kedua lebih mengecewakan saya," kata Heckingbottom.

"Kesilapan yang menjurus kepada gol itu, banyak perkara yang saya tidak pernah saksikan sebelum ini dan pastinya perkara tertentu yang tidak boleh diterima."

Newcastle kalah tiga daripada lima aksi pertama liga mereka musim ini sekali gus mengendurkan impian kelab yang disokong Arab Saudi itu untuk mencabar kejuaraan.

Anak buah Howe beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun Selasa lalu apabila mereka seri 0-0 dengan AC Milan di gelanggang lawan.

Namun Newcastle tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan dan mereka mempamerkan kehebatan apabila muncul pasukan pertama dalam sejarah EPL menjaringkan gol dengan lapan pemain berbeza dalam satu perlawanan, tidak termasuk gol sendiri.

"Saya fikir kami terlalu bagus dan sebaik gol tiba keyakinan mereka kembali," kata Howe.

"Satu tindak balas mengagumkan daripada pemain dalam seminggu terakhir." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... benam-sheffield-8-0
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.057560 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list