CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2744|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis keluarkan 5,940 saman dalam Ops HUU semalam

[Copy link]
Post time 25-9-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan halangan lalu lintas. FOTO Ihsan PDRM

Kuala Lumpur: Sebanyak 5,940, saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan pada Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, 42 pegawai dan 666 anggota terbabit dalam operasi itu yang dijalankan di sekitar ibu negara.

"Kesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi semalam adalah halangan lalu lintas dengan 4,876 saman dikeluarkan diikuti lain-lain kesalahan (837 saman) dan tiada lesen memandu (tempatan) 76 saman.

"Jumlah saman dikeluarkan itu juga membabitkan kesalahan nombor pendaftaran kotor/kabur/fancy (58 saman), jalan semasa lampu isyarat merah (56), kenderaan di laluan pejalan laki /garisan putih (29 saman), tiada lesen memandu warga asing (7) dan berhenti di petak kuning (satu)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, seramai 12individu turut ditahan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk mabuk, menjalankan kegiatan parkir haram selain kes dadah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lam-ops-huu-semalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.061532 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list