CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2738|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Padah memandu mabuk

[Copy link]
Post time 25-9-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode

LOKMAN ketika sidang media selepas Operasi Bersepadu JPJ di Bangsar malam tadi. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Tindakan lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol mengundang padah apabila dia ditahan anggota dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 50-an yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 pada mulanya menafikan dia mabuk, namun pemeriksaan menggunakan alat ujian pernafasan mendapati kandungan alkoholnya melebihi had ditetapkan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, lelaki itu antara dua pemandu mabuk yang ditahan dalam operasi bermula jam 8.30 malam sehingga 12 tengah malam.

Beliau berkata, operasi dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu membabitkan kekuatan 100 pegawai dan anggota.

"Sebanyak 1,000 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, sejumlah 598 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan serta insurans kenderaan.

"Kita turut menyita 21 motosikal dengan 17 daripadanya ditunggang oleh warga asing. Warga asing yang ditahan itu diserahkan kepada JIM untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Penguatkuasa) JPJ, Dr Azmi Awang dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, sebanyak 14,527 notis kepada pemandu warga asing sudah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Khas Motosikal seluruh negara sejak 1 September lalu sehingga semalam.

Menurutnya, kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah memandu tanpa lesen iaitu 6,268 notis diikuti tiada perlindungan insurans (2,667); cukai jalan tamat tempoh (2,657) dan kesalahan teknikal lain (1,948).

Kata beliau, JPJ memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya terutama pemandu warga asing yang melanggar peraturan ditetapkan melalui pelaksanaan pemantauan berterusan.

Dalam pada itu, beliau berkata, JPJ akan melaksanakan operasi kenderaan perdagangan mulai bulan depan, bagi memastikan mereka mengikut peraturan ditetapkan termasuk mematuhi laluan masa terhad.

"Kenderaan perdagangan wajib mematuhi laluan masa terhad yang ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang ingkar," katanya.

Katanya, larangan waktu terhad yang ditetapkan itu dikuatkuasakan bagi mengelak kesesakan trafik pada waktu puncak seterusnya kepentingan faktor keselamatan pengguna jalan raya lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... padah-memandu-mabuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049529 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list