CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4148|Reply: 0

[Selangor] Nekad rempuh dua sekatan jalan raya, dua ditahan bersama syabu

[Copy link]
Post time 26-9-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kenderaan dinaiki warga asing merempuh dua sekatan jalan raya dalam kejadian di Sepang.



SEPANG: Empat individu warga asing nekad merempuh dua sekatan jalan raya dan palang tol sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dinaiki mereka terbabas dalam kejadian malam tadi.

Aksi kejar mengejar antara tiga kenderaan polis peronda dengan MPV jenis Toyota Vellfire sejauh 20 kilometer (KM) selama 40 minit itu berakhir tragedi apabila MPV itu terbabas di bahu jalan sebelum dua daripada suspek berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, anggotanya berjaya menahan dua individu warga Indonesia masing-masing lelaki berusia 32 dan wanita berusia 21 tahun sekitar 12.20 tengah malam.

Beliau berkata, turut dirampas bersama suspek ialah dua bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 103.61 gram.

“Dua lagi suspek berjaya melarikan diri dan kini masih diburu dengan bantuan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

“Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, suspek bertindak merempuh sekatan jalan raya oleh polis di Cyber 8, Jalan Persiaran Apec, Cyberjaya di sini, selepas diminta menunjukkan lesen memandu dan dokumen perjalanan diri sebelim menuju ke arah Tol Serenia, Dengkil

“Kenderaan dinaiki suspek kemudian turut merempuh palang tol Serenia di susur keluar dari Lebuhraya Elite ke Dengkil dan merempuh satu lagi sekatan jalan raya di Jalan Dengkil – Banting,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kereta dinaiki suspek kemudian hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan berdekatan Kampung Olak Lempit, Batu 41 di sini.

Wan Kamarul Azran berkata, dua suspek iaitu pemandu dan penumpang hadapan berjaya meloloskan diri manakala, dua suspek yang berada di tempat duduk belakang berjaya ditahan.

Menurutnya, siasatan mendapati, dua suspek ditahan adalah pasangan kekasih dan masing-masing tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186/279 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan memandu dalam keadaan bahaya yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

“Suspek turut disiasat oleh IPD Kuala Langat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati, kereta dinaiki suspek adalah milik warga tempatan dan tidak dipastikan sama ada ia dipinjam atau disewa oleh suspek. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ahan-bersama-syabu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050549 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list