CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1411|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Tahniah kepada mereka yang bersuara'

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berasa lega apabila mulai 1 November ini, penepian Kadar Diskaun Peniaga (MDR) untuk pembayaran DuitNow QR ditarik balik.

Beliau berkata, kenyataan media oleh PayNet hari ini, mengesahkan bahawa memang terdapat caj kepada peniaga (MDR) tetapi ianya diberi penepian sehingga 1 November 2023.

"Marilah mengambil iktibar daripada insiden ini. Kalau pihak media, wakil rakyat dan peniaga tak buat bising dan protes semalam, saya yakin caj kepada peniaga (MDR) akan dikenakan mulai pada 1 November 2023.

"Tahniah kepada mereka yang bersuara. Berbaloi! Sudah pasti pihak PayNet atau bank-bank akan memberi penepian MDR ke atas peniaga untuk pembayaran QR DuitNow atas desakan pemegang taruh.

"Keuntungan bank-bank sudah sangat tinggi. Mereka sepatutnya teruskan penepian bagi pengguna DuitNow QR yang kebanyakannya adalah peniaga kecil yang akan menerima bayaran tunai sekiranya mereka tidak mengguna DuitNow QR," katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata, bank juga akan menerima manfaat daripada pengurangan kos pengendalian wang tunai sekiranya peniaga lebih mengguna kaedah DuitNow QR berbanding tunai.

"Penepian ini juga adalah seiring dengan usaha digitalisasi kerajaan," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bermula 1 November, caj sebanyak 0.25 peratus pada nilai transaksi dilakukan jika pembayar menggunakan kad debit dan caj 0.5 peratus jika kad kredit.

Caj 0.25 peratus adalah sangat mahal berbanding caj untuk menggunakan kad debit Visa atau Mastercard iaitu caj kad debit jenama tempatan 0.1 peratus nilai transaksi atau RM0.37 + 0.001 peratus nilai transaksi (yang mana lebih rendah).

Caj kad debit jenama antarabangsa (Visa/Mastercard) pula 0.27 peratus nilai transaksi atau RM0.63 + 0.001 peratus nilai transaksi (yang mana lebih rendah).

Dalam hantaran itu, Ka Siong berkata, penerima bayaran DuitNow QR (Boost, Grabpay, Setel dan Touch 'n Go) adalah peniaga kecil atau gerai tepi jalan yang tiada mesin bayaran kad.

Justeru katanya, jika dikenakan caj baharu DuitNow, ia sudah pasti tidak adil bagi golongan berkenaan.

"Di saat rakyat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, ditambah pula dengan kesan inflasi, kita tidak sepatutnya membuat sesuatu keputusan yang menambahkan lagi beban rakyat dan menyukarkan hidup mereka.

"Ini juga secara tidak langsung akan menghalang pertumbuhan pembayaran tanpa tunai dan kemungkinan besar, ianya merugikan peniaga kecil.

"Jika apa yang dilaporkan ini benar, maka kerajaan mestilah menjelaskan kepada rakyat agar mereka lebih bersedia dengan kesan yang akan menimpa mereka.

"Timbul persoalan, adakah peniaga kecil seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menanggung kos atau diserap melalui fi pertukaran di bawah Bank Negara Malaysia (BNM)?" katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ereka-yang-bersuara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.056732 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list