CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1588|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Nak keluar makan, jadi mangsa rogol

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Niat remaja perempuan keluar makan bersama rakan lelakinya bertukar episod malang apabila diperangkap suspek sebelum diperkosa di kawasan tangga pintu kecemasan di sebuah pangsapuri di Sungai Besi, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 9.10 malam 18 September lalu, mangsa berusia 14 tahun dijemput suspek,18, untuk lepak dan makan di Desa Tasik.

Menurut sumber, bagaimanapun selepas itu, mangsa kemudian dibawa ke sebuah pangsapuri sebelum dibawa naik ke atas.

"Mangsa cuba melarikan diri namun gagal apabila suspek mengunci pintu kecemasan sebelum memperkosa mangsa.

"Remaja terbabit kemudian dihantar pulang ke rumahnya dan diminta tidak menceritakan kepada sesiapa," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang trauma kemudian menceritakan kejadian itu kepada rakannya sebelum kenalannya itu memaklumkan kepada ahli keluarga.

"Mangsa kemudian dibawa membuat laporan polis pada 21 September lalu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-jadi-mangsa-rogol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.261047 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list