View: 2566|Reply: 0
|
Servis padu mampu kucar-kacirkan Thailand
[Copy link]
|
|
Skuad sepak takraw negara akan berentap menentang Thailand pada aksi final acara berpasukan Sukan Asia 2022 esok. - FB PSM
HANGZHOU: Skuad takraw lelaki negara khususnya tekong perlu memastikan supaya tidak 'membazirkan' servis atau setidak-tidaknya memberi tekanan kepada Thailand menerusi servis pada aksi final acara berpasukan lelaki, petang esok.
Pengurus pasukan, Sarifudin Mohd Salleh berkata, selain memperagakan aksi yang konsisten, melakukan servis yang mantap juga boleh menjadi 'senjata' yang mampu 'menakutkan' Thailand bagi perebutan pingat emas di Gimnasium JSC itu.
"Apa yang diperlukan adalah servis kita kena konsisten, bola masuk dan memberikan mata ataupun menyukarkan pihak lawan. Apa yang penting, setiap servis kita itu perlu mengucar-kacirkan Thailand.
"Kita tahu Thailand ada tekong dan pertahanan yang bagus. Jika tekong kita konsisten dan menyukarkan mereka, saya percaya itu boleh buat percaturan mereka terganggu," katanya.
Dalam masa sama, Sarifudin juga mahu anak buahnya memberi tentangan yang sengit sekalipun di atas kertas, Thailand sememangnya pilihan untuk memenangi pingat emas dalam acara terbabit.
"Kita tahu Thailand pun kuasa besar takraw tetapi kita harapkan kita mampu menempuhi tentangan mereka pada perlawanan akhir nanti.
"Macam-macam boleh berlaku walaupun mereka pasukan pilihan dan kita 'underdog', tetapi kita akan cuba yang terbaik," kata Sarifudin.
Sebagai rekod, anak buah Ahmad Jais Baharun mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Laos 2-0 sementara Thailand pula mengetepikan Korea Selatan juga dengan keputusan sama.
Pertembungan ini secara tidak langsung mengulangi aksi final acara sama di temasya Jakarta-Palembang 2018 yang menyaksikan skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan dan membawa pulang pingat perak.
https://www.bharian.com.my/sukan ... r-kacirkan-thailand |
|
|
|
|
|
|
| |
|