CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5715|Reply: 0

[Perak] Syarikat pembeli sawit beri 500 kampit beras secara percuma kepada penduduk

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Chong Choon (dua dari kanan) memberi beras kepada salah seorang penduduk Matang sempena pembukaan rasmi syarikatnya hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/KOSMO!

TAIPING – Sebuah syarikat pembelian buah kelapa sawit mengambil inisiatif untuk memberikan sebanyak 500 kampit beras kepada penduduk di sekitar premis perniagaannya sempena pembukaan syarikat itu hari ini.

Pemilik Syarikat Maju Matang Trading, Chuah Chong Choon, 37, berkata, kebanyakan penduduk kampung berhampiran tempat perniagaannya terdiri daripada golongan B40.

“Saya menyedari akan masalah kenaikan harga beras di pasaran sekarang dan ia lebih memberi tekanan bebanan kepada golongan yang berpendapatan rendah iaitu dari kelompok B40.

“Oleh itu saya bersama empat rakan kongsi telah berbincang dan hasil perbincangan itu, kami sepakat untuk memberi beras secara percuma pada hari pembukaan secara rasmi syarikat pada hari ini,” katanya di sini hari ini.

Dia berkata demikian selepas majlis perasmian Maju Matang Trading yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Ong Seng Guan di Matang di sini.

Menurut Chong Choon, beras yang dibelinya diberi kepada penduduk kampung yang berhampiran tanpa mengira kaum dan latar belakang pegangan agama.

“Beras makin mahal sekarang, jadi apa yang boleh kami buat ialah bagi secara percuma sekampit lima kilogram (kg) untuk setiap seorang penduduk yang hadir ke majlis ini.

“Walaupun mungkin sesetengah orang menganggap pemberian satu kampit beras tidak dapat meyelesaikan bebanan yang dihadapi oleh penduduk namun setidaknya kami peka dan berusaha membantu secara ikhlas kepada masyarakat di sekeliling,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ma-kepada-penduduk/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056150 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list