CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4154|Reply: 0

Liga Super : Selangor puas balas dendam belasah TFC 4-0

[Copy link]
Post time 30-9-2023 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Liga Super : Selangor puas balas dendam belasah TFC 4-0



Faisal dan rakan sepasukannya ceria meraikan kejayaan Selangor membenam TFC 4-0 di hadapan penyokong lawan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.


KUALA NERUS – Selangor puas meleburkan rekod tanpa kalah Terengganu FC (TFC) sejak Jun lalu apabila membelasah skuad Sang Penyu 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Keputusan itu menebus kekecewaan skuad Red Giant disingkirkan lawan sama daripada saingan Piala Malaysia beberapa hari lalu.

Tiga mata berharga itu mengukuhkan Selangor di tangga kedua liga manakala TFC pula kekal di tempat keenam.

Kelekaan benteng tuan rumah dihukum minit ke-26 setelah Jose Orozco yang dibiarkan bergerak bebas melepaskan rembatan padu kaki kiri di depan kotak penalti untuk gol pendahuluan Selangor.

Pemain import Venezuela itu menggandakan jaringan apabila mudah menyempurnakan bola muntah berpunca rembatan Mukhairi Ajmal Mahadi yang gagal ditangkap kemas Rahadiazli Rahalim minit ke-41.

Bersambung babak kedua, Faisal kemudian menambah luka bekas kelab lamanya dengan mudah menolak masuk gol ketiga menewaskan Rahadiazli minit ke-52 hasil gerakan yang bermula dari sebelah kanan.

Pemain gantian Selangor, Aliff Izwan Yuslan melengkapkan kemenangan 4-0 selepas menghukum kegagalan Liridon Krasniqi mengeluarkan bola dari kawasan bahaya TFC minit ke-81.

Kelebihan empat gol tanpa balas itu berjaya dipertahankan Selangor sehingga pengadil, Ahmad Dzuhadi Dzulkifli meniupkan wisel penamat sekaligus mengecewakan lebih 7,000 penyokong TFC. – KOSMO! ONLINE.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... am-belasah-tfc-4-0/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.314215 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list