CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4285|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lima polis antara ditahan berhubung dakwaan culik

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Enam lelaki termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan berhubung dakwaan menculik penganggur dari kedai makan di Desa Petaling, di sini Selasa lalu.

Mereka berusia antara 27 hingga 42 tahun ditahan kelmarin dengan lima daripadanya adalah anggota dan pegawai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 26 tahun pada 5.48 petang hari kejadian.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras membuat tangkapan ke atas enam lelaki tempatan.

"Lima daripada enam suspek yang ditahan merupakan anggota dan pegawai PDRM, kesemuanya ditahan di IPD Cheras," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial berhubung beberapa anggota dan pegawai polis yang bertugas di sebuah balai polis sekitar ibu negara didakwa terbabit dengan sindiket judi haram.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan dakwaan yang dikongsikan menerusi Telegram berkenaan.

Mengulas lanjut Zam Halim berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes itu.

"Siasatan terperinci sedang diteruskan dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 365/ 342/ 323 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek direman sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ubung-dakwaan-culik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052011 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list