CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4291|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Demi cita-cita kami sanggup berpisah'

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode

PASANGAN kembar Wani dan Wina masing-masing menyambung pengajian di negara berbeza. FOTO ihsan Nurul Syazwani Anuwar

Kuala Lumpur: Selama 18 tahun hidup bersama, pasangan kembar ini akhirnya 'berpisah' demi mengejar cita-cita mereka apabila masing-masing memilih menyambung pengajian di luar negara.

Kakak, Nurul Syazwani Anuwar, 20, memilih bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan di Universiti Yarmouk, Jordan, manakala adiknya, Nurul Syazwina Anuwar mengambil jurusan Sains Bioperubatan di University of Warwick, United Kingdom (UK).

Nurul Syazwani atau Wani berkata, biarpun sedih kerana terpaksa berjauhan dengan adik kembarnya, keputusan itu bagaimanapun dianggap sesuatu yang membanggakan kedua ibu bapa mereka.

"Saya terlebih dulu ke Jordan pada 2021. Pada masa sama, Wina ke Kolej Mara Banting untuk persediaan ke UK sebelum berlepas ke sana baru-baru ini.

"Kalau nak kata sedih, memang sedih sangat kerana kami tidak pernah berpisah sejauh ini. Tetapi sangat gembira apabila dapat membanggakan keluarga dan guru-guru sehingga berjaya melanjutkan pengajian di luar negara walaupun berlainan bidang dan negara pengajian.

"Diakui sebelum buat permohonan kami fikir banyak kali juga, tapi demi cita-cita kami sanggup berpisah. Apatah lagi masing-masing minat untuk sambung pengajian ke luar negara.

"Begitu juga mak dan ayah kami yang sangat memberikan galakan dan semangat," katanya kepada Harian Metro.

Pasangan kembar ini sebelumnya mendapat keputusan cemerlang 11A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, biarpun berpisah mereka saling berhubung dan masih belajar bersama-sama secara dalam talian pada setiap hari.

"Bila masing-masing dah berjauhan kami akan membuat panggilan video keluarga setiap hari. Jika ada peluang dan cuti yang panjang kami merancang untuk pulang.

"Sewaktu sampai di sana saya masih sedih dan menangis sebab teringatkan kembar dan keluarga.

"Apabila berjauhan, paling dirindu ialah belajar bersama-sama. Walaupun kami berpisah negara, tapi kami sering belajar bersama-sama secara dalam talian.

"Insya-Allah, kami juga merancang untuk saling melawat pada cuti semester nanti. Jordan dan UK pun dekat," katanya.

Menurutnya yang bercita-cita menjadi guru bahasa Arab, dia dan kembarnya mempunyai minat yang berbeza.

"Kursus yang dipilih adalah pilihan masing-masing sebab minat. Walaupun kami kembar, minat kami berlainan contohnya hobi kami berbeza. Seorang suka bersukan dan seorang suka membaca," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mi-sanggup-berpisah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.059710 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list