CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4347|Reply: 0

[Selangor] KKM siap siaga hadapi kemungkinan wujud virus X

[Copy link]
Post time 30-9-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode

Lukanisman (tengah) bersama peserta sebelum majlis pelepasan Lotus's Ceria Charity Run di Setia Alam hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan tinggi menghadapi sebarang kemungkinan, berhubung kewujudan penyakit X di negara ini, kata Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata, persediaan itu antaranya berpandukan pengalaman menangani situasi pandemik COVID-19 termasuk beberapa penyakit lain seperti virus nipah, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) sebelum ini.

Katanya, KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangan penyakit itu di dalam dan luar negara serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi kemungkinan bakal berlaku.

"Saya berharap rakyat tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum," katanya selepas program 'Lotus's Ceria Charity Run' di Setia Alam bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, hari ini.



Lebih 3,000 peserta menyertai Lotus's Ceria Charity Run yang pertama anjuran Lotuss Store (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama KKM dan berjaya mengumpul RM100,000 bagi sekolah angkat Lotus's.

Sementara itu Lukanisman berkata, kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang dilaksanakan pada September setiap tahun menjadi antara inisiatif KKM mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

Beliau berkata, penganjuran kempen itu juga bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik khususnya membabitkan pihak swasta dan ia seiring dengan satu daripada strategi dalam Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Parlimen Jun lalu. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... kinan-wujud-virus-x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.053062 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list