CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4337|Reply: 0

[Melaka] Caj transaksi DuitNow QR: BNM sertai mesyuarat Naccol Selasa ini

[Copy link]
Post time 30-9-2023 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Logo Bank Negara Malaysia

Melaka: Caj transaksi DuitNow QR akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) pada Selasa ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Fuziah Salleh.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, akan turut disertai wakil Bank Negara Malaysia (BNM) yang menjadi tunjang kawal selia perbankan negara.

"DuitNow QR ini ada 1.874 juta pengguna yang menggunakan platform ini (untuk transaksi tanpa tunai). Bayangkan ada hampir 1.9 juta pengguna yang gunakan DuitNow ini, berapa banyak keuntungan kepada bank. Kita (KPDN) takut ada kesan kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Jualan Rahmah peringkat negeri Melaka, yang turut dihadiri Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin dan Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar, di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini hari ini.

Fuziah berkata caj transaksi bagi penggunaan platform berkenaan, dikhuatiri akan merencatkan program digitalisasi negara sebagaimana yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Beliau berkata KPDN sebelum ini mengadakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), bagi membantu pengurusan perniagaan pengusaha kecil, terutama dalam memudahkan pengguna dengan mempelbagaikan kaedah pembayaran secara digital.

"Kita khuatir peniaga-peniaga (kecil dan mikro), dah lah susah mereka nak sertai (program ReDI), kita khuatir peniaga-peniaga ini nanti akan terkesan pula (dengan caj transaksi), dan akan merencatkan program digitalisasi seperti yang dikehendaki kerajaan dalam RMK12 dan pengguna akan menyerap kos itu," katanya.

Fuziah berkata setakat ini, hanya tiga bank iaitu Public Bank, Maybank dan CIMB, bersetuju untuk tidak mengenakan caj transaksi buat masa sekarang.

Dalam pada itu, beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan bekalan beras tempatan menerusi Jualan Agro MADANI, pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), manakala beras import bersubsidi menerusi Jualan Rahmah.

Fuziah berkata orang ramai, boleh menyemak senarai pusat jualan itu menerusi laman sesawang KPDN dan Fama untuk maklumat lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-naccol-selasa-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046946 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list