CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3432|Reply: 0

Ronaldo bantu Al-Nassr atasi Al-Tai

[Copy link]
Post time 30-9-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Aksi Cristiano Ronaldo ketika perlawanan Liga Pro Saudi menentang Al-Tai di Stadium Putera Abdul Azin bin Musa’ed, Ha’il. - Foto X AlNassr FC

HA'IL, Arab Saudi: Cristiano Ronaldo memastikan kemenangan 2-1 Al-Nassr ke atas Al-Tai untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Hilal kepada dua mata.

Ketika kedudukan di Stadium Putera Abdul Aziz bin Musa'ed terikat 1-1 selepas 87 minit, Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kemenangan Al-Nassr.

Ia adalah gol liga ke-10nya musim ini, yang memberikan kemenangan keenam berturut-turut buat pasukan untuk melonjak ke tangga keempat selepas tewas pada dua perlawanan pertama.

Bagi Al-Tai, kekalahan itu meletakkan mereka di tangga ke-12 selepas lapan perlawanan, dengan hanya dua kemenangan dan satu seri dicatat.



    Good night pic.twitter.com/PC3Oip03sq

    — AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) September 29, 2023

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris lain yang beraksi semalam adalah N'Golo Kante untuk Al-Ittihad yang seri tanpa jaringan menentang Al-Fayha.

Ia adalah kali kedua mereka tercicir mata musim ini, dengan ketiadaan bekas bintang Real Madrid, Karim Benzema cukup dirasai.

Al-Nassr akan bertemu Abha pada perlawanan seterusnya, manakala Al-Ittihad akan melayan kunjungan Al-Ahli. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -nassr-atasi-al-tai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.767979 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list