CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5083|Reply: 6

Britney spears ‘menggila’ lagi, menari pegang pisau

[Copy link]
Post time 1-10-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode

AKSI Britney Spears menari sambil memegang pisau mengundang kerisauan peminat sehingga ada yang membuat laporan polis.

LOS ANGELES – Gara-gara menari sambil memegang pisau, bintang pop terkenal Britney Spears mencetuskan kebimbangan peminatnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 42 tahun itu dilihat berpakaian seksi menari dengan menggunakan dua bilah pisau.

Tindakan ‘gila’ pelantun lagu Toxic itu sekali gus memancing perhatian peminatnya yang risau dengan tahap kesihatan  mentalnya.

“Adakah dia waras? Keadaannya begitu membimbangkan,” ujar seorang pengguna Instagram.

Lebih buruk apabila ada pengguna media sosial bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa sehingga anggota polis dilihat datang ke kediaman penyanyi tersebut.

Spears dalam maklum balasnya terhadap video itu meminta orang ramai agar tidak membuat laporan polis dengan menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, alatan berkenaan bukan pisau sebenar dan tarian itu sekadar meniru aksi penyanyi Shakira menerusi salah satu persembahannya sebelum ini.

    “Saya tahu saya telah membuat ramai bimbang tapi itu pisau palsu yang saya sewa daripada sebuah kedai di Los Angeles.

“Ini bukan pisau sebenar, tiada siapa perlu risau atau hubungi polis. Saya cuba meniru gerakan penyanyi kegemaran saya iaitu Shakira,” jelasnya.

Penyanyi itu didakwa berada dalam keadaan tertekan apabila perkahwinannya dengan bekas suami, Sam Asghari berakhir dengan perceraian pada awal September lalu selepas lima tahun bercinta.

Sebelum ini Spears pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.

Pada tahun sama, Spears berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kavin Federline.

Menerusi perkahwinan tersebut Spears dikurniakan dua anak lelaki, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007. –KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... enari-pegang-pisau/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2023 04:33 PM | Show all posts
Edited by borrow at 1-10-2023 04:35 PM

tahun ni at least ada 2 retis kpop berehat sbb mental health. Bukan senang jalankan tugas sbg retis dikala "sakit". Waktu conservatorship dulu , Britney perform di Las vegas , buat tour & muncul award show. Show dpn beribu peminat. Agak mustahil sorg yg lemah boleh jayakan semua ni. klo la time ni sheols slowly diberi kebebasan. Ai klo mengadap org bossy pun boleh mental. imajin hidup dikawal tanpa ada tanda2 penghujung.


N klo time tu kesihatan mental sheols mmg dh teruk , lagi kejam jika sheols dikerah bekerja utk sara family , ex hubby n anak. Neway ni opinion skrg , l8r mebi berubah coz ada maklumat court yg tak didedahkan.

Britney ada ayah , mak , adik , abang , anak2. Tp siapa ja yg berada di sisi sheols skrg. Hope sheols dpt pulih. Arwah sinead o connor berjuang sampai hujung nyawa.


sekian karangan hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 1-10-2023 04:33 PM
tahun ni at least ada 2 retis kpop berehat sbb mental health. Bukan senang jalankan tugas sbg retis  ...

Siapa 2 retis kpop tu?

Dah makin parah nampak Britney ni, takde support system yang kuat. Zaman muda dulu bukan main mendonia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 05:46 PM | Show all posts
delia3003 replied at 1-10-2023 05:08 PM
Siapa 2 retis kpop tu?

Dah makin parah nampak Britney ni, takde support system yang kuat. Zaman m ...

itzy Lia & lagi sorang lupa dh nama. heols ahli TNX , boy group under PSY.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 1-10-2023 06:43 PM
borrow replied at 1-10-2023 05:46 PM
itzy Lia & lagi sorang lupa dh nama. heols ahli TNX , boy group under PSY.


Thank u.

Boy group tak kenal, group baru, tak famous kot.

Twice pun dulu 2 orang, Mina dgn Jeongyeon, lama jugak rehat. JY tu sampai gems effect ambik ubat, kesian sampai kena kecam sebab gems pulak.

IVE group baru tu pun dah ada sorang rehat sebelum ni sbb health reason.

Sebab tu la tengok kpop groups lagi2 perempuan, habis je contract 7 tahun malas dah nak sambung, rasa sebab stress jadual padat sangat dan kena hadap kutukan lagi. Kalau group yang popular pun ala kadar dan ramai members, dapat sket je income sorang lepas tolak semua dan bahagi.

Blackpink yang popular nak mati pun tengah tarik tali lagi untuk renew contract. Rasa diorang nak control/freedom sket, takde lah ikut telunjuk management je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 09:29 PM | Show all posts
delia3003 replied at 1-10-2023 06:40 PM
Thank u.

Boy group tak kenal, group baru, tak famous kot.

Yup , baru 2-3 kali comeback (kowt). Ramai tak kenal. Heols peserta reality show LOUD. Kena pilih nk jd retis JYP atau PSY. Heols pilih PSY. Yg group under JYP tak debut lg.

JY debab pun comel jugak hehe. Ah , ada youtuber interview sorang kokosen. Heols yakin dicintai Nayeon. Pointnya selagi Nayeon tada respond like cakap "no" etc , tada bukti Nayeon tak cintakan heols. Dan selagi itu lah heols akan terus kejar. si Youtuber cuba yakinkan heols delusi . Tp kokosen tu berkeras , klo berhenti  nanti Nayeon kecewa , depress etc.

Kes Christina Grimmie dipetik ( penyanyi ditembak . Suasana makin tegang sbb kokosen tu bersimpati dgn penembak  , dan salahkan CG. Ujung2 youtuber gibab , tada gunanya bercakap dgn org begini .Hadoi   Cabaran betul jd selebriti , netizen hansuang satu hal , yg psiko lg haru.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2023 10:05 PM | Show all posts
OT jap , rajin plak nak menaip sambil tgk gegarvaganja

After 3 bulan tinggalkan rumah , utk jd pelakon extra bbrp kdrama. Dua beradik pulang. Tp si kakak jd pelik. Sheols berbogel , pegang pisau , paranoia. Family rasa takut , apa dh jd? Sblm ni sheols normal , suka membaca & baik . SHeols juga  hilangkan diri dari rumah selama berhari2 , then pulang dlm keadaan tak terurus. Adiknya diserang. Akhirnya dihantar ke wad psikiatri.

Then satu hari, si kakak buka cerita. "mak..." . Dan sheols mula ceritakan kejadian di kurung ,didera , dirogol oleh 12 lelaki. Lelaki2 ni bertugas untuk casting pelakon extra  (utk Kdrama). Terkejut mak. Si kakak dibawa ke balai polis . Tp yg teruknya , polis juga ala2 menyindir like 12 ja?  Lelaki2 tu kemudiannya dipanggil utk siasatan , tp deyols mendakwa ada persetujuan. Siasatan dijalan selama 13 bulan , dan katanya , setiap bulan ada cross examination , dimana si kakak terpaksa berdepan dgn tertuduh. Ini memburukkan lagi keadaan mental sheols.

Inilah prob bila nk dptkan keadilan dunia. Sbb adakalanya tuduhan itu palsu . Tk pasal2 org tak bersalah dipenjara. Jd byk proses. Tp cara polis  ni (klo betul) mmg

Akhirnya si kakak terjun dari tingkat 18. No tu bermaksud mcm menyumpah la . Then si adik pula bunuh diri sbb rasa bersalah. Ayahnya juga meninggal sbb sakit. Tinggallah si ibu seorg diri. Habis hancur keluarga. Kisah ni ada kat youtube rotten mango. Si ibu juga ada buka utube channel , dlm usaha utk dptkan keadilan & sebar kisah anaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.061514 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list