CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19721|Reply: 1

[Politik] 'Jangan paksa PM buat rombakan Kabinet'

  [Copy link]
Post time 1-10-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 1-10-2023 06:13 PM


Johari beramah mesra bersama jentera BN dan penduduk setempat pada program ziarah kasih masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi, Pelangai. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

BENTONG: Mana-mana pihak termasuk parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan tidak boleh memaksa atau memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk melakukan rombakan Kabinet.

Sebaliknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata terpulang kepada Anwar menentukan keperluan membuat rombakan Kabinet kerana itu adalah kuasa mutlaknya sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, semua pihak termasuk pemimpin dalam kerajaan sekarang perlu menggalas tugas dan peranan sedia ada sebaik mungkin bagi membantu negara.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri kini memikul tugas sebagai pengerusi penyokong kerajaan atau 'backbenchers' untuk mempertahankan kerajaan perpaduan, selain dilantik sebagai pengerusi pasukan petugas 1MDB.

"Saya berpandangan dalam mana-mana kerajaan, Perdana Menteri mesti ada keputusan eksklusif. Kita tidak boleh memberi sebarang tekanan kepada Perdana Menteri sebab kita semua sudah memilih dia menjadi Perdana Menteri dan kita sokong dia.

"Dalam politik, apabila jadi Perdana Menteri, dia akan susun barisan dia (mahukan) dan pasukan dia. Macam main bola, dia tak boleh main seorang kerana perlu ada pasukan.

"Begitu juga kerajaan, kena ada pasukan yang memiliki kepakaran masing-masing. Tetapi dia kena ambil masa menyesuaikan dari segi perjalanan kerajaan, sebab itu tidak (boleh) paksa Perdana Menteri lakukan sesuatu yang lain daripada apa yang beliau fikir lebih baik untuk negara, kita kena bagi masa (untuk beliau) kerana tempoh 10 bulan ini terlampau pendek untuk mentadbir kerajaan," katanya selepas program jelajah mesra dan ziarah kasih masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi di sini, hari ini.

Ketika ditanya adakah namanya terkait rombakan dalam Kabinet, Johari bagaimanapun tidak mengiya atau menidakkan spekulasi bakal dilantik menganggotai Jemaah Kabinet.

Sejak terbentuknya Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), Johari berpandangan kepimpinan dalam parti masing-masing memerlukan masa secukupnya untuk merapatkan saf.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan II berkata, masa yang cukup adalah mustahak supaya masing-masing dapat menunjukkan kesepaduan bagi mentadbir negara, pada ketika tekanan isu ekonomi global sehingga memberi tempias kepada negara.

"Dalam tempoh 10 bulan kita berdepan ekonomi global yang besar. Kemudian kita juga berdepan cabaran untuk menyesuaikan bekerja dengan parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan.

"Contoh DAP, PKR, UMNO dan AMANAH, ini semua antara transisi yang perlu kita lalui dan saya rasa, jika bagi masa secukupnya hingga 2027, kita akan nampak dan boleh menilai keberkesanan Kerajaan Perpaduan mentadbir negara," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/10/1159390/jangan-paksa-pm-buat-rombakan-kabinet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 1-10-2023 06:29 PM

Nada nada kecenderungan kearah pengampu org kayo!..pengampu org kayo!


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.515547 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list