CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5810|Reply: 0

Perak malukan skuad Jang di Paroi

[Copy link]
Post time 2-10-2023 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Perak malukan skuad Jang di Paroi


PEMAIN Perak, Luka Milunovic meraikan jaringan gol pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman. FOTO AZRUL EDHAM


Seremban: Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk kembali menemui sentuhan kemenangan tidak kesampaian apabila kecundang 0-1 kepada Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Meskipun mendapat sokongan seramai 1,133 penyokong setia, namun ia tidak dapat membantu skuad Hobin Jang Hobin untuk memperagakan aksi mantap dan bertenaga bagi meraih tiga mata.

Ini adalah kekalahan kesembilan dicatatkan Negeri Sembilan daripada 22 perlawanan.


Terdahulu kedua-dua pasukan memperlihatkan persembahan yang seimbang dengan saling menyerang antara satu sama lain dalam usaha mendapatkan gol.


Bagaimanapun kekuatan bahagian pertahanan pasukan masing-masing yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik membuatkan tidak banyak percubaan tepat dapat dilakukan jentera serangan terutama pada separuh masa pertama.


Negeri Sembilan yang menurunkan tiga pemain import iaitu Herold Goulon, Casagrande dan Hein Thet Aung hanya mampu melakukan percubaan tepat pada minit ke-25, menerusi sepakan bola mati dari jarak kira-kira 25 meter oleh Thet Aung yang berjaya ditepis penjaga gawang pelawat itu, Muhammad Farhan Abdul Majid.

Perak bagaimanapun tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol sebaik bersambung babak kedua, apabila Luka Milunovic menolak kemas bola lorongan Luciano Guaycochea untuk menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Sikh Azman, pada minit ke-50, bagi gol pertama pelawat.

Terkejut dengan jaringan pantas itu, K Devan membuat pertukaran tiga pemain dengan memasukkan Sean Eugene Selvaraj, A Selvan dan Che Rashid Che Halim dan mengeluarkan Mahali Jasuli, Casagrande dan Filemon Anyie, untuk memperkemaskan semula strategi serangan.

Bagaimanapun usaha berkenaan juga tidak berkesan dalam misi untuk menembusi gawang Perak.

Malah kemasukan penyerang kelahiran Jordan Youssef Ezzejjari pada pertukaran berikutnya juga tidak mampu untuk membantu Negeri Sembilan mendapatkan gol.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... skuad-jang-di-paroi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054015 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list