CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2420|Reply: 0

Kuartet 4x100m negara mara ke final

[Copy link]
Post time 2-10-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode

AZEEM menjadi pelari terakhir bagi kuartet 4x100m negara yang menempah slot ke final. FOTO ASYRAF HAMZAH

Hangzhou: Kuartet 4x100 meter (m) negara menempah tempat ke final selepas merekodkan catatan ketiga terpantas pada saringan pertama temasya Sukan Asia Hangzhou, hari ini.

Kuartet dibarisi Khairul Hafiz Jantan selaku pelari pertama diikuti Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi itu merekodkan masa 39.40 saat (s).

Saringan itu dimenangi barisan pelari tuan rumah dengan catatan 38.62s diikuti Korea Selatan dengan 38.75s.

Bagaimanapun, gabungan empat pelari negara itu berjaya mengatasi kuartet Thailand yang menamatkan larian di kedudukan keempat dengan 39.57s.

Azeem berkata, sasaran utama hari ini adalah mara ke final terlebih dahulu dan seterusnya menyasarkan rekod baru kebangsaan di pentas final nanti.

"Kami berharap sesuatu yang positif esok dan akan terus kekal fokus agar boleh memberikan masa terbaik buat negara.

"Kombinasi kami masih belum sampai ke tahap 100 peratus, tapi ia semakin baik kerana ini kali pertama kami berlari bersama tahun ini sebab di ATF (Kejohanan Asia, Bangkok) yang lalu, Arsyad tidak bersama dengan pasukan," kata Azeem.

Bagaimanapun, Azeem menegaskan barisan pelari negara belum berpuas hati dengan catatan masa itu dengan mengharapkan ia boleh diperbaiki lagi apabila turun beraksi pada 9.25 malam esok.

"Balik nanti kami akan buat analisis dengan pegawai teknikal dari ISN (Institut Sukan Negara) iaitu abang Jad (Adrian Washif).

"Kami akan bincang apa yang perlu diperbaiki lagi agar sasaran dapat dicapai," katanya.

Kuartet negara kini memburu catatan masa di bawah 39s dan jika berjaya, ia akan menjadi rekod baru kebangsaan.

Rekod kebangsaan dalam acara itu adalah 39.09s yang dilakukan sewaktu merangkul pingat perak di Sukan Sea Hanoi di Vietnam manakala catatan masa terbaik musim ini adalah 39.17s yang dilakukan di ATF lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... egara-mara-ke-final
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.301964 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list