View: 2910|Reply: 0
|
Bertrand-Enrique tetap puas raih gangsa
[Copy link]
|
|
Bertrand (kanan) dan Enrique bergambar selepas meraih gangsa dalam acara 10m platform seirama lelaki di Sukan Asian Hangzhou, hari ini. - Foto BERNAMA
HANGZHOU: Pendatang baharu, Bertrand Rhodict-Enrique Maccartney Harold hanya kurang satu mata untuk memenangi pingat perak dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki di Sukan Asia Hangzhou.
Pada aksi final hari ini, gandingan dari Sarawak itu mencatat mata terbaik peribadi 386.07 mata untuk berpuas hati dengan gangsa di Arena Sukan Akuatik di sini.
Mereka dijangka meraih perak sehingga terjunan kelima, tetapi dipintas oleh gandingan Korea Selatan, Yi Jaegyeong-Kim Yeongnam yang merampas tempat kedua dengan catatan 387.78 mata.
Gandingan tuan rumah memenangi emas menerusi Yan Hao-Lian Junjie (492.63 mata).
Walaupun terdapat perbezaan yang kecil, Bertrand-Enrique, boleh berbangga kerana dapat merampas semula kedudukan podium dalam acara itu selepas Ooi Tze Liang-Chew Yiwei memenangi gangsa pada Sukan Asia Incheon 2014.
"Kami sedikit kecewa, tetapi kami berdua juga melakukan beberapa kesilapan kecil.
"Ini adalah catatan peribadi terbaik kami dalam acara ini dan saya amat berbangga dengan gandingan saya (Enrique) kerana dia mengalami kekejangan selepas terjunan kedua, tetapi masih berjaya menamatkan acara dengan penamat podium.
"Gandingan Korea itu juga melakukan terjunan dengan darjah kesukaran yang lebih tinggi dan kami menjangkakan mereka akan mengatasi kami jika dapat melakukannya dengan baik," kata Bertrand yang muncul atlet Malaysia pertama menempah tiket ke Sukan Olimpik Paris tahun depan selepas menduduki tempat ke-10 di Kejohanan Dunia dekat Fukuoka, Julai lalu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ap-puas-raih-gangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|