CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3070|Reply: 0

Liverpool anggap VAR 'gugat integriti sukan'

[Copy link]
Post time 2-10-2023 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Luis Diaz (dua dari kanan) dinafikan jaringan pada babak pertama susulan kekhilafan manusia pada aksi menentang Tottenham di London, kelmarin. – Foto premierleague.com

LONDON: Liverpool berkata keputusan VAR yang menyebabkan mereka dinafikan satu gol ketika kalah 2-1 di Tottenham "menggugat integriti sukan."

Badan pengadil PGMOL mengakui "kesilapan ketara manusia" bermakna percubaan Luis Diaz, ketika perlawanan Sabtu lalu terikat 0-0, tidak disahkan oleh reviu VAR selepas didakwa ofsaid.

Ketua PGMOL, Howard Webb turut memohon maaf kepada Liverpool beberapa jam selepas perlawanan itu berakhir.

Pegawai perlawanan yang melakukan kesilapan itu digugurkan daripada tugasan mereka bagi baki kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).



"Kelab Bolasepak Liverpool menyedari pengakuan PGMOL berikutan kegagalan mereka malam tadi. Jelas sekali penggunaan undang-undang permainan yang betul tidak berlaku, mengakibatkan integriti sukan terjejas," menurut satu kenyataan.



Liverpool bertambah parah apabila terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas Diego Jota dibuang padang oleh pengadil Simon Hooper pada minit ke-69. – Foto premierleague.com

"Kami memahami sepenuhnya tekanan yang dihadapi oleh pegawai perlawanan tetapi tekanan ini sepatutnya dikurangkan, bukan diburukkan lagi dengan kewujudan dan pelaksanaan VAR.

"Oleh itu adalah tidak memuaskan masa yang mencukupi tidak diberikan untuk membolehkan keputusan yang betul dibuat dan tiada campur tangan berikutnya."

Liverpool berkata, mereka kini akan memikirkan pilihan mereka "memandangkan keperluan yang jelas untuk peningkatan dan penyelesaian."

Kemenangan di Stadium Tottenham Hotspur mampu melonjak anak buah Jurgen Klopp ke puncak carta EPL.

Bagaimanapun mereka berdepan tugas getir selepas hanya 26 minit apabila Curtis Jones dilayangkan kad merah selepas pegawai VAR mencelah untuk mengarahkan reviu susulan terjahannya terhadap Yves Bissouma.



Jurgen Klopp bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya apabila pengadil membatalkan jaringan Luis Diaz pada aksi menentang Tottenham kelmarin. – Foto premierleague.com

Pelawat patut mendahului apabila jaringan Diaz menerjah penjuru jaring dan ulang tayang menunjukkan dia berada dalam keadaan onsaid disebabkan kehadiran Christian Romero.

Kemarahan Liverpool bertambah apabila Spurs mendahului beberapa saat kemudian menerusi Son Heung Min.

Pasukan yang beraksi 10 pemain itu menyamakan kedudukan 1-1 sebelum rehat menerusi Cody Gakpo.

Namun Liverpool kemudian beraksi sembilan pemain bagi 20 minit terakhir apabila Diego Jota dibuang padang kerana dilayangkan kad kuning kedua.

The Reds masih mampu bertahan untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata hinggalah gol sendiri Joel Matip pada minit ke-96 menghadiahkan kemenangan buat Spurs.

"Saya tidak pernah menyaksikan perlawanan sebegini dengan keadaan paling tidak adil, keputusan gila," kata Klopp. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... gat-integriti-sukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.079423 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list