CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4410|Reply: 0

EPL: Man. United dikecam penyokong sendiri

[Copy link]
Post time 2-10-2023 12:42 PM | Show all posts |Read mode

UNITED berdepan kekalahan kedua di laman sendiri berturut-turut apabila tewas kepada Brighton sebelum ini dan tunduk berdepan Palace kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mengakui bahawa beliau memahami kekecewaan yang dirasai oleh para peminat pasukan itu selepas tewas buat kali keempat pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Biarpun bermain di laman sendiri, Old Trafford, United gagal mengambil kelebihan tersebut apabila tewas 0-1 ketika berdepan Crystal Palace 0-1 pada aksi kelmarin hasil jaringan tunggal pemain pertahanan Joachim Andersen.

Kekalahan itu menyaksikan United terpaksa menghuni kedudukan ke-10 liga dan tewas dua kali berturut-turut di laman sendiri sekali gus menjadi permulaan terburuk kelab tersebut sepanjang 34 tahun.

Biarpun menurunkan ketiga-tiga pemain yang dibeli pada musim panas lalu, Rasmus Hojlund, Mason Mount dan Sofyan Amrabat, United masih gagal untuk menjinakkan skuad kendalian Roy Hodgson yang mempamerkan aksi bertahan cukup berdisiplin.

“Saya memahaminya. Apabila kami bermain di tempat sendiri, sudah pasti kami perlu meraih kemenangan. Ia adalah sebagai tanda hormat kepada penyokong.

“Saya sedar bahawa setiap aksi di EPL adalah sangat sukar. Anda perlu turun dan memberikan aksi terbaik dan saya faham bahawa peminat mengharapkan yang terbaik daripada semua pemain.

“Ia permulaan musim yang buruk buat kami dan kami perlu segera mengubahnya. Kami perlu memberikan sesuatu dengan lebih baik, setakat ini ia masih jauh daripada yang terbaik

“Saya boleh memberikan anda punca kekalahan ini, tetapi anda pastinya menganggap ia adalah alasan. Tidak ada alasan sebenarnya, kami perlu menang,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -penyokong-sendiri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.226847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list