CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5957|Reply: 2

Jangan Biar Pinggan Kotor Dalam Singki, Elak Sihir

  [Copy link]
Post time 3-10-2023 01:05 AM | Show all posts |Read mode
Orang ramai diingatkan supaya tidak membiarkan pinggan mangkuk yang kotor berlonggok di dalam singki sebelum tidur.


Menurut penceramah bebas, Ustaz Ariffin Ayob dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, perkara itu ialah untuk mengelak berlakunya gangguan di dalam rumah.







“Jika tidak berkesempatan untuk basuh pada waktu malam, pastikan sisa makanan dibuang dan tidak dibiarkan di dalam singki.


“Selepas buang, lingkupkan pinggan mangkuk tersebut jangan dibiarkan ternganga bagi mengelak punca-punca sihir yang berlaku di dalam rumah melalui bekas pinggan mangkuk yang kita gunakan untuk makan,” katanya.


Selain itu, Ustaz Ariffin juga mengingatkan orang ramai supaya pakaian yang dijemur di luar rumah perlulah dibawa masuk ke dalam sebelum waktu maghrib.


“Jangan biarkan baju terkena hujan, embun. Mudah terkena penyakit.


“Sesibuk macam manapun, pastikan semua pakaian dibawa masuk ke dalam rumah dan tidak dibiarkan kemudian esok baru ambil,” katanya.


Menurut Ustaz Ariffin perkara itu pernah berlaku di mana seorang wanita datang menemuinya untuk tujuan berubat selepas ketiga-tiga anak daranya seperti sukar mendapatkan jodoh.


Katanya, ia berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kehilangan pakaian dalam anak-anak perempuan wanita tersebut yang hilang ketika dibiarkan di luar rumah pada waktu malam




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 10:56 AM | Show all posts
Bole pecaya ke? Meoll pecaya ceramah ustaz kazim jhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 01:51 PM | Show all posts
“Jangan biarkan baju terkena hujan, embun. Mudah terkena penyakit."

Yang ni kalau malam jumaat org jahat dpt baju dalam org yg nak disihir, lagi mujarab kesannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.123315 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list