CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

Ronaldo bantu kebangkitan Al Nassr

[Copy link]
Post time 3-10-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode

RONALDO (kiri) ketika beraksi menentang Istiklol FOTO Reuters

Riyadh: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ketika Al Nassr terselamat daripada ancaman lawan dalam Liga Juara-Juara Asia dengan pasukan Liga Pro Saudi bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Istiklol dari Tajikistan 3-1 di Riyadh.

Senin Sebai menjaringkan gol sebelum waktu rehat untuk meletakkan kelab dari Dushanbe itu di depan dan Istiklol bertahan di bawah tekanan tanpa henti sehingga Ronaldo menyamakan kedudukan dengan penyudah yang bijak pada minit ke-66.

Anderson Talisca menanduk masuk gol untuk meletakkan pasukan Arab Saudi itu di depan enam minit kemudian dan pemain Brazil itu menambah jaringan ketika berbaki 13 minit apabila melakukan rembatan rendah.

Kemenangan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Al Nassr dalam saingan peringkat kumpulan dan meletakkan pasukan Luis Castro di hadapan tiga mata di puncak Kumpulan E.

Persepolis dari Iran berada di tempat kedua berikutan kemenangan 1-0 ke atas Al Duhail dari Qatar, dengan Omid Alishah menjaringkan gol pada minit ke-63 untuk membolehkan naib juara 2018 dan 2020 meraih kemenangan pertama kempen itu.

Pertemuan Al Ittihad dengan Sepahan Iran dalam Kumpulan C pula dibatalkan kerana pemain dari kelab Saudi itu enggan meninggalkan bilik persalinan mereka kerana patung jeneral Iran yang dibunuh Qasem Soleimani diletakkan di pintu masuk padang.

Konfederasi Bola Sepak Asia berkata perlawanan itu, yang sepatutnya dimainkan di Stadium Naghsh-e Jahan Isfahan, 'dibatalkan kerana keadaan yang tidak dijangka'.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ebangkitan-al-nassr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 4.117866 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list