CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 0

Kelibat Wanita Hamil Dalam Rumah Jungkook Jadi Tanda Tanya, Ada Pula Kata Video Suntingan

[Copy link]
Post time 3-10-2023 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Nama penyanyi Jungkook menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video kelibat seorang wanita di dalam rumahnya yang terletak di Brunnen Cheongdam, Korea Selatan.


Allkpop melaporkan individu yang memuat naik video tersebut mendakwa wanita tersebut yang tidak diketahui identitinya didakwa sedang hamil.






Menerusi video yang tular di aplikasi Weibo itu memaparkan seorang lelaki menyerupai Jungkook sedang memeluk erat seorang wanita.


Hasil siasatan netizen juga mendapati perabot rumah yang dipaparkan mempunyai persamaan dengan kediaman Jungkook sekali gus membuatkan ramai yakin video berkenaan asli.


Tidak hanya itu, peminat turut mengenali anjing milik Jungkook iaitu Doberman yang turut berada dalam video tersebut.






Bagaimanapun ada dalam kalangan peminat berpendapat video berkenaan telah disunting bagi memperlihatkan lelaki tersebut seperti Jungkook.


Jungkook masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan sejak ia tersebar 30 September lalu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.072209 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list