View: 697|Reply: 0
|
Dilahirkan disleksia, Sunny Deol dicop bodoh
[Copy link]
|
|
SUNNY DEOL
SIAPA sangka di sebalik kehebatan aktor Sunny Deol sebagai pelakon aksi lasak, dia sebenarnya mempunyai zaman kanak-kanak yang suram akibat masalah pembelajaran.
Ketika era tersebut, masalah disleksia yang membuatkan seseorang kanak-kanak melihat huruf terbalik, sekali gus menyukarkan untuk memahami ayat atau membaca belum ada banyak kesedaran.
Akibatnya, Sunny lambat membaca selain ketinggalan dalam pembelajaran hingga dilabel sebagai budak bodoh.
Menurut aktor yang kini berusia 65 tahun, situasi dilalui tidak mematahkan semangat, sebaliknya mencetuskan kesungguhan untuk dikenali ramai suatu hari nanti.
Kini Sunny turut menyerlah sebagai penerbit dan ahli politik yang memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak.
Pelakon Gadar: Ek Prem Katha itu turut berada dalam senarai lima selebriti berpendapatan tertinggi di India.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... y-deol-dicop-bodoh/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|