CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 0

Porto kayu ukuran buat Barca

[Copy link]
Post time 3-10-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Porto kayu ukuran buat Barca




XAVI masih lagi merendah diri walaupun Barca memulakan aksi dengan langkah kanan. FOTO AFP



Barcelona: Selepas tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara secara memalukan berturut-turut, Barcelona akan berkunjung ke Porto pada hari Khamis bertujuan membuktikan mereka mampu bersaing dalam kumpulan yang sukar.

Pasukan bimbingan Xavi Hernandez, pemenang lima kali pertandingan itu, meletakkan sasaran untuk kembali ke pasukan elit Eropah, dengan matlamat itu mereka menampilkan strategi perpindahan pada musim panas lalu.

Kali ini perbelanjaan jauh lebih terhalang oleh keperluan tetapi Barcelona masih berjaya membawa masuk gandingan Portugal, Joao Cancelo dan Joao Felix secara pinjaman, serta pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan untuk melengkapkan skuad yang mengagumkan.

Xavi mempunyai sekumpulan pemain yang sepatutnya cukup kuat untuk bertarung dengan pasukan teratas benua, sekurang-kurangnya di atas kertas.

Jurulatih itu berkata Barcelona sedang menumpukan perhatian untuk mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun, sebelum menetapkan sebarang matlamat yang lebih tinggi.

Selepas dua kali berturut-turut mendapat undian yang sukar di peringkat kumpulan, musim ini Barcelona mempunyai lebih banyak peluang.

Mereka menewaskan juara Belgium, Royal Antwerp dengan kemenangan 5-0 pada aksi pembukaan tetapi Xavi dengan pantas mengakui ia tidak bermakna dari segi peluang keseluruhan mereka, memandangkan mereka juga membelasah Viktoria Plzen 5-1 dalam perlawanan pertama mereka tahun lalu.

"Ia terlalu awal (untuk mengatakan kami boleh memenanginya), tahun lalu kami berada dalam situasi yang sama dan ia tidak berjalan lancar, kami perlu berhati-hati," kata Xavi kepada pemberita.

"Kami perlu meneruskan seperti ini, kami berada di landasan yang baik... seterusnya kami mempunyai perlawanan paling rumit dalam kumpulan, di Porto.

"Kami mempunyai kapasiti, keyakinan, tetapi dalam perlawanan seterusnya kami mempunyai apa yang saya katakan adalah perlawanan paling sukar."

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-ukuran-buat-barca

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.441744 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list