CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 0

MotoGP: Marquez akui jentera Honda sudah ‘pulih’

[Copy link]
Post time 3-10-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ mengakui jenteranya berada dalam keadaan terbaik untuk mencabar kejuaraan di Motegi, namun perlumbaan dipendekkan akibat faktor cuaca. - AFP

TOKYO – Juara dunia enam kali yang mewakili Repsol Honda, Marc Marquez mengakui terpaksa berputih mata selepas saingan Grand Prix (GP) Jepun ditamatkan lebih awal ekoran hujan lebat sedangkan jenteranya ketika itu sudah berada di puncak prestasi.

Sebagai rekod, Marquez berjaya menamatkan penantian untuk berada di kedudukan podium buat kali pertama musim ini dan yang pertama sejak GP Australia tahun lalu selepas menduduki tangga ketiga di belakang juara, Jorge Martin (Pramac) dan Francesco Bagnaia (Ducati).

Namun, Marquez mengakui dia cuba mengintai peluang untuk menjuarai perlumbaan GP buat kali pertama dalam tempoh dua tahun selepas kali terakhir melakukannya pada GP Misano edisi 2021.

“Ketika saya sudah semakin menghampiri kedudukan Bagnaia dan Martin, saya tidak bernasib baik apabila bendera merah sudah dikibarkan apabila hujan turun dengan begitu lebat dengan keadaan litar sudah tidak terkawal.

“Secara jujur, saya rasa ketika itu saya adalah yang terpantas berbanding pesaing, tetapi ia adalah keputusan yang adil kerana risiko berlumba di litar yang basah sangat tinggi dan boleh menjejaskan nyawa pelumba.

“Apa yang pasti, strategi saya agak menjadi kerana dapat mempamerkan tunggangan sebenar sejurus hujan turun kerana saya memiliki kebolehan berlumba dengan baik pada litar basah.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Honda yang membekalkan jentera kompetitif dan saya jamin akan terus memberikan seratus peratus buat pasukan pada baki saingan musim ini,” katanya.

Marquez sebelum ini dikaitkan dengan penghijrahan ke pasukan Ducati meskipun kontraknya bersama Honda masih berbaki setahun. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -honda-sudah-pulih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.189415 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list