CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Medusa

Precious Metals - Gold, Silver etc.

  [Copy link]
Post time 5-4-2012 06:47 PM | Show all posts
Reply  pengecatbintang

hehe..salah tgk daaa
so harga emas akan stay mcm skang spai ujung tah ...
lostnfaun Post at 5-4-2012 18:43


pendapat aku...

rege emas akan naik berdasarkan... ekonomi dunia & geopolitik dunia masa ni...

tp at the same time... banksters tertentu akan cuba suppress...

mgkn bg mereka masanya blom tiba...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 06:59 PM | Show all posts
pendapat aku...

rege emas akan naik berdasarkan... ekonomi dunia & geopolitik dunia masa ni.. ...
pengecatbintang Post at 5-4-2012 18:47


kalau tgk dr geopolitik skang nie mcm stabil n ok jer.. tp xtau la spai bila kn..

so teori 2012 tue myb xde la ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:07 PM | Show all posts
kalau tgk dr geopolitik skang nie mcm stabil n ok jer.. tp xtau la spai bila kn..

so teori 20 ...
lostnfaun Post at 5-4-2012 18:59


kita tak tau apa akan jd pada masa depan...

cuma lihat Syria... Iran...

ekonomi lak... PIIGS
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 09:15 AM | Show all posts
collapse of financial system worldwide tidak akan berlaku dalam bulan April, Mei, & probably juga bu ...
pengecatbintang Post at 4-4-2012 06:13 PM


sorry tanya ... Derivative market tu merujuk kepada apa ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 09:33 AM | Show all posts
sorry tanya ... Derivative market tu merujuk kepada apa ?
Jesse_Mccartney Post at 7-4-2012 09:15


Aku pon tak berapa faham produk derivative market ni..

Tak silap aku.. Ianya banyak berkisar pd forward, future & option..

CDS.. Credit default swap pon salah satu derivative..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 10:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by pengecatbintang at 7-4-2012 10:22
Aku pon tak berapa faham produk derivative market ni..

Tak silap aku.. Ianya banyak berkisar  ...
pengecatbintang Post at 7-4-2012 09:33


CDS...

Katalah bank A di US ada 500,000 unit mortgage real estate aka bank ni bagi pinjaman perumahan utk 500,000 unit umah....

Bank A pecahkan 500,000 mortgage ni jadi 500 securities (financial product - mgkn ini derivatives jugak kot)... di mana setiap security tu mengandungi 1,000 unit mortgage....

bank A jual 500 securities ni kpd investors spt bank lain... investment bank...

investors ni plak kata... kalo jd apa2 kat securities ni amacam?

so... create lg satu derivative product iaitu CDS...

CDS ni insurans kpd pelaburan securities yg dibuat oleh investors tu tadi... jika berlaku default ke atas securities tu..

cthnya... crisis sub prima (perumahan di US 2008)...

bila ramai pemilik rumah gagal jelaskan pinjaman... ini menjejaskan securities tu td...

tp investors x kisah... sbb ada CDS... CDS ni plak dikeluarkan oleh company insurans mcm AIG...

tu sebab gov US bailout AIG tahun 2008 or 2009... investors tuntut pampasan insurans dr AIG atas kerugian dlm investment tu td...

mana AIG nak cekau duit bertrillion or beratus billion... so mintak tolong gomen...

gomen kena bantu... kalo tak... ini akan trigger domino effect terhadap us financialm system...

tp... us gov pon tarak duit... '

jadi...  

Federal Reserve (illuminati print duit)... bagi pinjam kat Treasury US (Gov)... Gov guna duit tu bail out or bagi pinjam kpd AIG n bank2 lain kat US

jadinya... US Gov (aka rakyat US) kini berhutang ngan Illuminati...

tak pasal2 kerana derivative products... additional debt created out of thin air... yang tanggung... rakyat US & anak cucunya...

via debt... rakyat US akan jadi slave...

kalo ada...nnt2 aku post lg... aku nak balik kampung ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2012 06:16 AM | Show all posts
last few weeks aku ngk rege emas agak menurun..skang dah start menaik balik yer?ada can tak menurun lgk ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 09:08 AM | Show all posts
Chances untuk turun mmg ada. Chances untuk naik pun mmg ada.

Beli dan simpan... Settle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2012 10:22 PM | Show all posts



mesti tonton sampai abis
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by pengecatbintang at 16-4-2012 22:26
mesti tonton sampai abis
pengecatbintang Post at 16-4-2012 22:22


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 03:03 PM | Show all posts
saya kurang kalau takde sarikata malay ni..boleh pengecat rumuskan video di atas..? terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 11:22 PM | Show all posts
saya kurang kalau takde sarikata malay ni..boleh pengecat rumuskan video di atas..? terima kasih..
samax Post at 17-4-2012 15:03



    kalo ada masa saya wat summary
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 10:35 PM | Show all posts
mesti tonton sampai abis
pengecatbintang Post at 16-4-2012 22:22


Summary :

Terlalu banyak… so aku ambik point yg amat2 penting jer..

-----

How Silver Manipulated…

2
completely different silver market…. 1. paper electronic market
2. Real Physical Market

Paper electronic market control price of both market. Satu hari nnt, bila 1 ounce saja silver tak dapat deliver… price akan skyrocket..

(ini aku kata – ada yg kata nisbah silver paper vs fizikal – 350 : 1, kuantiti jual paper > fizikal yg ada aka dinamakan shorting agaknya)

Okt 2008, the beginning of current economic demise…
Tp realitinya ramai yg tak tau ianya berpunca dr collapsednya Bear Stern pd Mac 2008. Bear Stern collapsed krn shorting silver yg tidak dimilikinya.

Pd hari yg sama Bear Stern went broke, rege silver skyrocket to multi decade high iaitu USD21 per ounce. Kmdian JP Morgan bailout Bear Stern. Following summer JP Morgan blew the price down to USD8 per ounce.

Mac 2010, Andrew Macguire (PM trader dr London) whistleblower kemukakan bukti manipulasi silver. Dia accused JP Morgan manipulate rege gold n Silver…

Adoiii… rehat dulu…

Kalo ada masa aku sambung… kalo xder masa… xder ler..

He he

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 07:38 AM | Show all posts
Summary :Terlalu banyak… so aku ambik point yg amat2 penting jer..-----How Silver Manipulated… ...
pengecatbintang Post at 18-4-2012 22:35



   Pencerahan yg baik. Klu ada solution utk rakyat marhen mcm kitorg lg best.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 10:33 PM | Show all posts
Pencerahan yg baik. Klu ada solution utk rakyat marhen mcm kitorg lg best.
muda_nerq Post at 19-4-2012 07:38


bagi aku... solution setakat ni...

tanah pertanian... debt free... hold physical gold n silver
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 10:37 PM | Show all posts
Katalah bank A di US ada 500,000 unit mortgage real estate aka bank ni bagi pinjaman p ...
pengecatbintang Post at 7-4-2012 10:19


sambung apa itu derivatif...

cedok dr...  http://pakkordi.blogspot.com/2012/04/money-money-money.html
Friday, April 20, 2012Money, money, money

Dua hari yang lepas saya melayan sebuah dokumentari di Sundance Channel bertajuk "Inside Job". Berkisar tentang bagaimana dan siapa yang bertanggungjawab didalam krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2008.

Umum mungkin tahu bahawa krisis ini terjadi akibat kegagalan Amerika didalam mengawal kegiatan kumpulan perbankan beroperasi di sana yang telah mengeksploitasikan penggunaan "financial derivatives" didalam mengaut keuntungan secara besar-besaran tanpa mengambil kira risiko yang terkandung didalam instrumen kewangan sebegini.

Apa itu derivatif?

Derivatif ialah sejenis kontrak diantara dua pihak yang mengandungi beberapa terma yang perlu dipersetujui sebelum pembayaran keatas kontrak itu dilaksanakan. Mari kita melihat satu contoh yang mudah, kontrak 5 tahun diantara seorang pengilang beras dengan seorang penanam padi yang mengandungi terma dan syarat tentang harga dan masa untuk setiap bekalan dan bayaran yang berkaitan, dimana beras adalah asset yang diperdagangkan. Dari sini kita akan faham bahawa pihak pengilang beras akan terlindung dari risiko pihak penanam padi menaikkan harga dimasa hadapan manakala pihak penanam padi pula melindungi diri mereka dari risiko pihak pengilang beras membeli beras mereka pada harga yang murah didalam tempoh kontrak. Perdagangan nampak stabil dan risiko telah dapat dikurangkan.

Nampak mudah bukan?

Yer, ia nampak mudah tetapi apabila kita mengambil kira risiko bencana alam yang boleh merosakkan tanaman padi, ia menjadi sedikit kompleks. Lazimnya akan ada pihak ketiga yang akan membeli kontrak ini sekiranya berlaku bencana alam dan mereka ini akan menerima premium dari kontrak asal, seakan-akan insuren.

Ini ialah perkara asas instrumen derivatif dan sekiranya tidak dikawal, instrumen ini boleh menjadi amat merbahaya dan ini terbukti didalam krisis kewangan Amerika tahun 2008.

Asset yang diperdagangkan didalam krisis kewangan Amerika itu ialah CDO (Collaterized Debt Obligations) dan juga MBS (Mortgage-Backed Securities). Ia adalah sejenis derivatif yang mengandungi pelbagai asset seperti hutang kredit kad, hutang membeli kereta dan hutang membeli rumah. Asset-asset ini kemudian disatukan dan dijual kepada pihak ketiga pada premium yang ditetapkan.

Pasaran kewangan juga ada ajensi penarafan (Rating Agency) yang akan memberikan taraf tertentu kepada sesuatu alat kewangan seperti bon, saham dan kredit. Sebagai contoh, saham Maybank ditarafkan sebagai A- oleh Standard & Poor dan A3 oleh Moody's, dua ajensi penarafan dunia manakala ajensi penarafan tempatan seperti RAM dan MARC pula menarafkan saham Maybank sebagai AAA, iaitu taraf yang terbaik.

Sewaktu krisis di Amerika tahun 2008, Standard & Poor dan Moody's telah menarafkan CDO yang diperdagangkan sebagai AAA, terbaik didalam kelasnya dan ini membuatkan CDO ini dibeli oleh mereka yang ada banyak sumber dana atas dasar spekulasi, sama seperti membeli saham. Banyak kumpulan simpanan wang tempatan di Amerika (sama seperti KWSP) melabur dengan membeli CDO ini. Walaupun CDO ini mendapat penarafan AAA, sebenarnya ia mengandungi asset yang sangat berisiko iaitu pinjaman pembelian rumah yang diberikan kepada mereka yang tidak mampu (Sub-Prime Lending). Antara alasan yang diberikan ialah harga rumah tidak akan turun didalam jangkamasa panjang oleh itu CDO ini sangat bernilai.

Beberapa tahun sebelum 2008, pasaran perumahan di Amerika mendadak naik. Ini ialah kerana terdapat institusi kewangan yang memberikan pinjaman kepada mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah. Mereka dibenarkan meminjam tanpa membayar wang cagaran dan memerlukan dokumentasi yang amat sedikit. Countrywide ialah salah satu institusi yang memberikan pinjaman paling popular kerana mudah untuk mereka yang tidak mampu mendapatkan pinjaman perumahan.

Apabila ramai peminjam tidak dapat membayar kembali hutang mereka, CDO merudum. Wang yang sepatutnya diterima oleh institusi kewangan menjadi hutang lapuk. Aliran tunai didalam pasaran kewangan Amerika menjadi kucar-kacir. Seperti efek domino, satu demi satu institusi kewangan mereka lumpuh. Ketika Lehman Brothers diisytiharkan muflis pada 15 September 2008, ada yang mengatakan pasaran kewangan Amerika akan runtuh sama sekali dan akan menarik ekonomi global bersamanya. "Armageddon".

Kerajaan Amerika terpaksa membantu dengan menyalurkan dana kepada institusi kewangan mereka untuk kekal aktif. TARP (Transfer Asset Relief Program) sebanyak USD700bilion telah diberikan kepada konglomerat yang mana kebanyakkannya ialah institusi kewangan (lihat rajah dibawah) dan pasaran kewangan Amerika kembali stabil.

Ini berlaku beberapa bulan sebelum Barack Obama menjadi Presiden kulit hitam yang pertama di Amerika. Salah satu ucapannya ketika baru menjadi Presiden ialah untuk mengubah dasar pasaran kewangan Amerika Syarikat tetapi hingga kini masih tiada banyak perubahan malah ironinya, mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui perubahan oleh Obama ialah orang-orang sama yang telah gagal mengawal derivatif didalam sistem kewangan Amerika ditahun sebelum ini.

Sistem kewangan Amerika ialah satu sistem yang telah diputar-belitkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan untuk mengaut keuntungan dengan membiarkan orang lain yang membayar kosnya. Ia telah dimanipulasikan ketahap yang paling kronik. Morgan Stanley, salah satu institusi kewangan yang hampir muflis pada tahun sebelumnya memberikan bonus pekerja sebanyak USD3billion pada tahun 2009.

Saya percaya, dunia sistem kewangan akan hancur bila tiba masanya dan manusia akan kembali "barter trade" kerana inilah sistem yang paling adil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2012 01:12 AM | Show all posts
bagi aku... solution setakat ni...

tanah pertanian... debt free... hold physical gold n silve ...
pengecatbintang Post at 29-4-2012 22:33



   Debt free sudah....
Hold physical sudah...

Tanah pertanian jer belum... Mahal woo, tanah skg...

Nak keluar dari debt free tu pun berkorban itu ini, hold physical bergolok gadai.....

Prepare pun dh seksa, mcm mana la org2 yg x prepare tu?

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 09:24 PM | Show all posts
Debt free sudah....
Hold physical sudah...

Tanah pertanian jer belum... Mahal woo, tana ...
muda_nerq Post at 30-4-2012 01:12


berkorban skrg...  InsyaAllah senang kemudian.. Aminnnn...

kalo global financial system tak collapse ujung tahun ni...

at least... gold n silver yg dimiliki masih bernilai...

ada 8 bulan lagi...

ada masa lg utk aku clearkan utang CC 3k tu... 2 bulan bole settle...

bayo zakat n kumpul gold n nsilver lg...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 10:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 01:26 AM | Show all posts
oogitu, tanah pertanian ada parent punya, debt home n car byk lagi, gold ada sedikit 3/4 ketul, debt home 70% penyewa patut bayarkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.086617 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list