CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3234|Reply: 0

Varane dakwa United boleh menang Liga Juara-Juara

[Copy link]
Post time 3-10-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode

Manchester United kalah 4-3 aksi pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Munich bulan lalu. – Foto uefa.com

MANCHESTER, England: Raphael Varane memberitahu satu sidang akhbar Manchester United mempunyai kualiti mencukupi untuk menjadi pasukan terbaik di Eropah.

Bilik sidang akhbar yang sunyi terus menjadi bising.

Ketika ini, mereka menghuni tangga ke-10 di England - satu anak tangga dan dua mata di belakang Crystal Palace.

Ketika United bersiap sedia menghadapi Galatasaray awal pagi esok, sebarang tanggapan mereka boleh pergi jauh dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini dianggap keterlaluan.



Varane, pemenang empat kali pertandingan itu bersama Real Madrid, mungkin mengetahui mengenainya.

Namun apa lagi yang boleh diperkatakannya apabila ditanya jika skuad kendalian Erik ten Hag cukup bagus untuk menjulang trofi terbesar dalam kancah bola sepak kelab?

Pemain Perancis berusia 30 tahun itu berkata: "Ya, saya fikir begitu. Ada kualiti dalam skuad.

"Pertandingan ini sukar. Anda perlu menangani setiap perkara kecil tetapi kami mempunyai satu pasukan berkualiti, dengan satu mentaliti yang bagus dan kami perlu meningkat.

"Ia bukannya permulaan musim yang kami jangkakan tetapi saya masih percaya kami mempunyai kualiti mencukupi untuk bersaing dengan pasukan terbaik di dunia."

United tewas aksi pembukaan Kumpulan A 4-3 di tangan kelab Harry Kane, Bayern Munich bulan lalu. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-liga-juara-juara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.059209 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list