CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2862|Reply: 0

[Selangor] Onar jutawan palsu terbongkar selepas mangsa jumpa MyKad

[Copy link]
Post time 3-10-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Serdang: Taktik lelaki menyamar jutawan yang mempunyai perniagaan di Sarawak untuk memperdayakan wanita, terbongkar selepas mangsa terbaharunya menemui MyKad miliknya ketika mereka bercuti di sebuah pusat peranginan di Pahang.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, ketika berada di pusat peranginan di Cherating, 29 Sept lalu, wanita berusia 36 tahun dan bekerja sebagai fotografi terjumpa MyKad sebenar suspek yang mempunyai butiran nama yang berbeza.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat carian di internet mendapati suspek yang berusia 44 tahun menggunakan nama palsu dan pernah menipu perempuan lain untuk menjadi kekasihnya.

"Mangsa mengenali suspek pada 21 Jun lalu di X dan selepas dua minggu perkenalan, mereka bertemu buat pertama kali di Puchong dan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

"Suspek mengatakan dia ahli perniagaan syarikat minyak di Sarawak danmereka berkenalan rapat seperti kekasih. Lelaki itu kemudian meyakinkan mangsa yang dia mempunyai masalah perniagaan dan mahu meminjam wang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, mangsa yang kasihan bertindak membantu dengan menyerahkan wang tunai berjumlah RM18,800 menerusi 15 kali transaksi.

"Selepas mengetahui penipuan suspek ketika bercuti, mangsa menghubungi polis sebelum tangkapan dibuat pada 8.30 malam, 29 Sept lalu dan dia diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJKD) Serdang untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, suspek direman lima hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Modus operandi suspek yang tidak bekerja adalah berkenalan dengan wanita menerusi laman sosial dan memperdaya mangsa dengan mengatakan dia ahli perniagaan atau jutawan, sebelum meminjam wang mangsa bagi kegunaan peribadi.

"Pihak polis menyarankan sekiranya terdapat mangsa mengalami situasi sama supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mangsa-jumpa-mykad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063396 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list