CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3644|Reply: 0

[Selangor] Warga emas hidap masalah mental ditemukan mati

[Copy link]
Post time 4-10-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

Mayat seorang lelaki warga emas ditemui di tepi longkang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat susur keluar ke Gombak di sini, semalam. FOTO Ihsan Polis

Gombak: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui di tepi longkang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat susur keluar ke Gombak di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, polis menerima laporan kejadian pada 4.31 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berusia 63 tahun berdasarkan pengecaman yang dilakukan anaknya di lokasi.

"Anak si mati mengesahkan bapanya mempunyai masalah mental.

"Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh si mati juga mendapati tiada kesan kecederaan lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Heirme Che Mat di talian 014-2389151 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntal-ditemukan-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052004 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list