View: 3799|Reply: 0
|
Duka bertukar ceria dapat gangsa
[Copy link]
|
|
KUARTET 4X100m negara bersama pingat gangsa masing-masing. FOTO Reuters
Hangzhou: Kuartet 4x100m wanita negara jelas terkejut dan bagaikan hilang kata-kata kata-kata apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat gangsa bagi acara terbabit di Sukan Asia 2022, malam ini.
Sekalipun kuartet dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Shereen Samson Vallabouy itu mendapat tempat keempat namun Bahrain yang sepatutnya memenangi pingat gangsa dibatalkan penyertaan.
Situasi itu sama sekali tidak dijangka oleh Zaidatul terutama selepas masih bersedih apabila mereka sekadar menamatkan larian di tangga keempat dan gagal dalam misi memperbaharui rekod kebangsaan.
"Apa sahaja boleh berlaku dalam acara berganti-ganti. Memang kami terkejut kerana selepas kembali ke bilik panggilan untuk mengambil beg, keputusan rasmi belum keluar.
"Kemudian suami saya bertanyakan mengapa kami tidak protes kerana penyertaan Bahrain dibatalkan dan kami menghubungi jurulatih namun tidak mendapat balasan.
"Sehinggalah atlet Bahrain datang mengucapkan tahniah kepada kami. Ini sesuatu yang kami tidak jangkakan sama sekali," kata Zaidatul.
Mengulas lanjut kejayaan meraih pingat gangsa itu, Zaidatul menyifatkan ia sebagai satu pencapaian tertinggi sekalipun catatan masa yang dilakukan tidak begitu memberangsangkan.
"Ini pingat gangsa yang sangat berharga kerana kami hanya menjangkakan dapat meraih tempat kelima pada final," katanya.
Saingan 4x100m wanita itu menyaksikan pingat emas dimenangi kuartet China yang melakukan catatan 43.39 saat.
Kuartet Thailand yang melakukan catatan 44.32 saat pula memenangi pingat perak.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -ceria-dapat-gangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|