CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2232|Reply: 0

UCL: Arsenal hadap malang berganda

[Copy link]
Post time 5-10-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode

SAKA dilaporkan mengalami kecederaan serius ketika Arsenal tewas menentang Lens pada aksi awal pagi semalam. - AFP

LENS – Arsenal terpaksa membayar harga yang mahal selepas pemain utama, Bukayo Saka mengalami kecederaan serius ketika pasukan tewas 1-2 kepada kelab Perancis, Lens pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (ACL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Bollaert-Delelis itu, skuad tuan rumah meraih tiga mata berharga hasil jaringan Adrien Thomasson dan Elye Wahi, manakala The Gunners meledak gol saguhati menerusi jaringan Gabriel Jesus.

Lebih malang, Saka yang diletakkan dalam kesebelasan utama terpaksa dikeluarkan pada minit ke-34 ekoran kecederaan dan digantikan dengan Fabio Vieira.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 22 tahun itu agak serius dan mungkin diketepikan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Manchester City minggu ini.

“Ini bukanlah petanda yang bagus tetapi berdasarkan laporan awal, Saka hanya mengalami kecederaan otot dan kami tidak mahu mengambil risiko dengan mengeluarkannya serta-merta.

“Saya tidak menyesal menurunkan khidmatnya meskipun sedar kita berdepan jadual padat kerana dia telah direhatkan pada aksi Piala Liga Inggeris (EFL) bertemu Brentford minggu lalu,” katanya.

Mengulas mengenai kekalahan semalam, Arteta mengakui anak-anak buahnya bermain dibawah tahap sebenar dan pujian wajar diberikan kepada tuan rumah.

“Lens adalah pasukan yang bagus dan saya lihat pemain gagal mempamerkan aksi sama seperti ketika menewaskan PSV Eindhoven sebelum ini,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ap-malang-berganda/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054161 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list