CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240471|Reply: 2494

★-pengalaman sebagai perawat-★

   Close [Copy link]
Post time 15-1-2011 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by medangmru at 15-1-2011 19:00

sepanjang aku jadi perawat ni selama 10 tahun.... macam2 aku jumpa pesakit2 pahit dan manis.... untuk pengetahuan korang aku bermula mengubat sejak umur aku 20 tahun masa tu aku baru je abis politeknik... mula2 aku memang xtahu yang aku boleh mengubat orang.. tetapi secara xsedar aku boleh mengubat orang waktu tu sebelum umur aku jangkau 20 tahun... ok untuk aku ceritakan pengalaman aku ni sejak aku berumur 20 tahun aku terus giat dalam perawat ni sebab mak dan abang2 aku dapat tahu yang aku leh mengubat jadi mak dan abang2 aku pun suruh aku mnegubat orang2 sakit tapi aku takut yang aku nak mengubat orang sebab takut terkeluar dari landasan islam.... tapi kawan2 mak aku dan jiran terdekat sedara mara aku pun cakap kat aku nasihat dan nasihat aku teruskan mengubat.... tetapi sepanjangg aku mengubat aku mesti menangisn sebab aku takut sangat.... tapi xsekrang sejak aku jumpa dengan cicit mat kilau, ahli ulamak dan belajar colour vibration therapy membuat aku semangat nak mengubat orang balik....

ok pertama yang aku mengubat orang ialah mak kawan aku dia dah kena santau dah 3 tahun... memang kawasan tu banyak pengamal santau ni.... aku datang sana dan tengok mak kawan aku tu asik terbatuk berdarah je dah 3 tahun dari gemok jadi kurus.... aku sedih sangat.... last aku tawarkan diri nak mengubat mak dia tu... mak dia terkejutlah juga aku selama ni boleh mengubat orang.... tapi dia cakap dengan aku dia nak baik sebab nak sembahyang dan mengaji al-quran.... selama ni dia sakit xleh baca dan sembahyang dia jadi lupa dan susah nak baca.... akhirnya aku mengubat dia dengan rela hati dan ikhlas aku cakap aku xnak sebarang bayaran sebab aku mengagap mak dia tu macam mak aku juga.... aku terus ubat... alhamdullillah dia dah xmuntah darah lagi dan dah boleh baca.... tapi peparu dia dah rosak aku xdapat nak sembuhkan dia hanya aku berserah pada Allah je... selama seminggu dia baca al-quran dan sembahyang tiba2 dia jatuh sakit.. masuk hospital kawan aku call aku dia cakap mak dia sakit dan xsedar dan terus masuk wad icu... aku pun datang... aku jumpa ahli keluarga kawan aku tu dan aku rasa bersalah sangat mak dia sakit balik terus terlantar macam tu... tapi kawan aku cakap ini dah takdir mak dia jadi macam tu.... mak dia dah sakit 3 tahun cuma baru baik dalam seminggu je... tapi diorang terima segala ketentuan tuhan... aku rasa nak menangis sangat... aku xdapat nak tolong lagi.. dalam hati aku ni nak cakap pada mak dia tapi xdapat sebab doktor xbagi aku masuk... dah 1/2 jam aku kat hospital tu aku minta diri dulu sebab aku ada hal lain yang aku kena buat... esok tu aku pergi ke lumut sebab nak teman ayah aku ke sana... maklumlah aku jarang jumpa ayah aku sebab masing2 ada hal sendiri... dah setengah perjalanan aku ke sana tu aku dapat penggilan telefonn kawan aku dia cakap mak dia baru je meninggal dunia... aku betul2 serba salah sesangat2.. dan aku xleh terima pesakit aku meninggal seperti aku gagal mengubat dia.. tapi nasihat mak aku dan ayah aku membuat aku berserah pada Allah segala2Nya hanya Dia saja yang menentukan segalaNya....

dengan nasihat keluarga aku membuat aku terus mengubat lagi.... ape saja kejadian itu walaupun berat atau ringan semua tu adalah dugaan kepada kita semua... untuk kesedaran dan meberikan pengalaman kepada kita...

ok bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2011 03:27 PM | Show all posts
wah..
nak citer lagi bro..
best2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2011 04:21 PM | Show all posts
lepas tu keluarga aku nak aku buka klinik kat kamunting Perak... abang2 aku dan mak aku serta kawan2 aku dan kawan2 mak aku bagi galakan pada aku yang aku mampu mengubat orang... dengan galakan diorang ni aku berserah pada Allah...

lepas tu ramailah yang datang pelbagai penyakit ada.... yang sakit barah, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya semua datang jumpa aku... xtertinggal yang kena sihir dan saka...

aku jadi bersungguh2 nak mengubat orang kalau boleh aku nak diorang balik penuh dengan kegembiraan dan berpuas hati dengan rawatan aku.. aku takut sebenarnya takut pesakit aku xsihat juga atau bertambah sakit... tapi dengan berkat Allah alhamdullillah...
sepanjang aku merawat dekat 1 tahun aku jumpa pesakit yang kronik... dalam 10 pesakit yang kronik....

ok aku cerita yang salah sorang pesakit yang kronik.... adalah 1 keluarga ni dia mengadu yang umah dia ada problem selalu nampak benda bukan2 masuk umah tu mesti panas... pastu nampak lipan besar kuar dari syiling umah... untuk pengetahuan korang umah pesakit aku tu rumah teres dan berhadapan simpang 3.... jadi memang lumrah rumah tu akan jadi masalah macam ni...

jadi aku pun pergi rumah pesakit aku tu... dan aku cuba halau jin2 kat situ.. rupanya rumah tu penuh dengan jin2 ni yang... jadi mak aku ni pulak nak tunjuk terer lah dia kutuklah jin2 kat umah tu.. pastu aku nampak ada 1 jin tu sebelah mak aku.. aku cakaplah dengan mak aku " Ah duk kutuk sangat kan jin tu ada sebelah dengan mak.." pastu mak aku cakap balik" ah kat mana2?" pastu aku ambil buluh runcing aku nak halau jin tu... memang dasar degil jin tu dari perut buncit boleh kempiskan perut dia.... macam kita cuba kempiskan perut kita macam tulah.. ni lagi kecit jadinya... lawak betullah jin ni... aku halau lagi.. pastu aku cuba bersihkan umah keluarga tu....

sementara aku bersihkan umah tu aku tengok umah tu penuh dengan lalat kat luar sebab jin2 tu menyerupai lalat... pastu aku dengar reban ayam menjerit2 aku rasa dah jadi bahan makan dioranglah ni... nak selamatkan ayam tu aku xdapat sebab seberang jalan.... ok sambung balik... aku pun bersihkan umah tu last tetiba ada sesuatu benda datang kat aku cuba gigit aku dan lawan dengan aku.... kalau tengok rupa benda tu macma kita tengok alien workshop.. ala dulu kan ada baju ni rupa alien workshop... macma tulah rupanya... aku lawan punya lawan pastu aku perangkap dia dalam tubuh aku... sebab aku je yang boleh mengawal tubuh aku... aku pun kunci dan buka silat bagai2... dan aku terus sembelih dan putuskan kepala dia... akhirnya dia mati jugak...

selepas itu aku pun minta diri dulu nak sembahyang asar.... masa aku sembahyang aku nampak dihujung mata aku ada sesuatu yang merenung aku yang berdekatan dengan pesakit aku.. memang aku nampak dia tapi aku buat xtahu je aku cuba sembahyang sampai habis.... elok saja abis sembahyang aku toleh ke jin tu tengok dah hilang...

aku ceritakan pada pesakit aku... aku sekor jin duduk bersebelah dengan pesakit aku tu berbaju macam star wars... hitam berkilat mata dia macam burung hantu muka dia kecik je hitam likat.... terkejutlah semua orang yang berada kat situ... dan aku cuba mengubat diorang pada hari tu juga sorang per sorang... sehinggalah mereka pulih sedia kala.. dan alhamdullilah mereka dah xkena kacau lagi....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 05:40 PM | Show all posts
sambung lagi TT...best....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 06:28 PM | Show all posts
TT sambung lagiiii. nak dengar lagi hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 06:59 PM | Show all posts
pengalaman yang menarik TT...best...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2011 07:00 PM | Show all posts
sesuatu yang menarik... perlukan sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 07:04 PM | Show all posts
dalam tempoh 10 tahun jadi perawat ni konpem banyak pengalaman yg dah TT lalui....

x sabar nak tunggu pengalaman TT seterusnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2011 08:00 PM | Show all posts
nak lagi citer....

err, tt dah kawen lom? haha!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 11:41 AM | Show all posts
harap2 akan ada sambungannya nanti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2011 12:49 PM | Show all posts
ok sambungan lagi...

masa aku tengah tunggu kat klinik aku dapat tahu ada orang nak datang ke klinik aku.. so aku pun sedialah ape yang patut kat klinik aku tu.... dalam kul 3.00 ptg macam tulah datanglah 1 keluarga nak jumpa dengan aku... seperti biasalah aku akan bertanya dulu ape masalahnya... diroang dari mana... bila aku bertanya barulah sorang ahli keluarga ni bagitahu kat aku.. maslahnya mak dia ada masalah gangguan yang teruk.. sampai anak2 dia xleh nak sekolah dan kerja sebab kena jaga mak dia tu... aku pun pelik sampai macam tu ke??? pastu aku tanyalah "mana mak awak?" last anak dia cakap "ni sebelah saya ni mak sayalah?" PPPEEEHHH cantik betul... macam kakak dengan adik.... memang aku xpercaya terkedu aku... apelah rahsia mak dia ni sampai cantik macam ni...? bila aku tanya dari mana diorang ni rupanya diorang dari klantan tapi baru duduk kat sepadan kedah baru 3 bulan.... cuba lari sebab xnak mak diorang diganggu oleh ipar dia sebab mak dia terlampau cantik... tapikan bila aku tengok laki dia tu hanya Allah je yang tahu memang xpadan langsung.... orang kata tuah badanlah katakan...  

so seperti biasa aku cuba nak rawat dia hanya sekadar nak tahu je ape masalah sebenarnya.. elok je aku pegang.. tetiba mak dia cakap macam budak kecik... pastu terus cakap india dengan aku.. aku pun terkejutlah juga.. aku cakap " sabar.. saya baru je nak tengok badan ni ape masalah" pastu dia balas " dah.. dah.. aku tahu hang nak buat apa kat aku... aku tahu hang tu... pastu tetiba dia cakap india dengan aku.. aku cuba relaxlah biasalah control sikit... buat2 macam dah pengalaman pada hal aku dah panik ni macma mana aku nak buat ni...

elok dia dah abis baca jampi serapah dia... aku pun tanya " dah abis baca?" pastu dia jawab" tengoklah hang kang kena nanti?" pastu aku balas" ape yang kena xada ape pun?" pastu dia balas lagi " hang tak tahu ape aku baca... hang dah xboleh buat ape2 kat aku lagi aku kebal..." pastu aku malas layan aku pegang tangan dia dan aku sentuh bahagian dia sakit... dia pun " Aduh.. ayama ma.. ayapa.. tolong aku.... tolong sakit..." pastu dia minta simpati kat suami dia.. aku cakap" jangan terpedaya dengan dia tu.. tu bukan isteri ko..." suami dia pun buat tak tahu...
aku cuba rawat... amboi susah juga nak lawan ni... elok 1/2 jam aku ubat masih dia nak baca jampi serapah dia lagi.. tu dah sakitlah tu... tapi kuat juga hantu budak kecik ni... elokk aku rawat dia dah pulak kuar lagi sekor... cakap jawa pulak dah... aku pun xpahamlah... aku tanya wak tu" wak.. wak datang dari mana ni?" dia pun cakap " aku datang dari jawa... aku kemari mengubat orang.... tapi kenapa ko ganggu aku...?" dah pulak kata aku ganggu dia pulak... aku pun cakap "bila pulak saya ganggu wak ni?" dia balas " kau tahu x? dia ni pesakit aku... aku yang rawat dia... tapi kenapa kau ganggu aku....?" aku pun malas nak layan aku tanya pada anak dia ape sebenarnya berlaku... anak dia jawab "sebenarnya mak saya ni 3 bulan sudah pergi berubat dengan wak ni... tapi wak ni minat dengan mak saya pulak... dia nak mak dengan ayah saya bercerai...." dah pulak.... susah juga pesakit aku ni nak baik kalau macam ni.. maklumlah dah cantik.. cadang nak berubat nak baik tapi orang ambil kesempatan.... pastu aku cuba juga lawan wak tu... dia panggil orang2 dia pelajar2 dia lawan dengan aku dari sana tu.... wah kuat juga ilmu orang tua ni.. ramai juga pelajar ni... dia pandai dari segi ilmu mematikan badan dan akan kaku bila terkena ilmu tu... tapi aku xkena dengan ilmu dia... aku cuba lawan dengan teknik2 aku.. lawan punya lawan.. akhirnya aku menang juga...

elok dah memang lawan dengan wak ni.. datang pulak budak kecik india ni... dia cakap "pulak hang jangan ganggu aku... aku disuruh datang ke sini... bukan aku yang nak masuk ke badan dia... " pastu aku tanya dia " siapa yang suruh masuk badan dia ni?" dia balas " sami aku.. aku dah mati... aku setahu aku.. aku dah ditempat lain.. tapi kenapa aku boleh ke sini...?" pastu aku tanya lagi " macam mana ko boleh nak ke sini?" pastu dia cakap balik " apelah hang ni kan aku dah cakap aku sendiri xtahu kenapa aku kat sini cuma aku mula2 aku terdengar orang panggil nama aku pastu aku teruslah ke sini..." pastu aku tanya lagi... "macam mana ko tahu sami yang buat.. siapa sami tu..?" dia xnak cakap.. dan aku paksa juga dia cakap... pastu dia cakap " aku takut sbb sami tu tahu ape aku cakap... dan dia marah aku.. tolong dia pukul mayat aku.. aku sakit...." wah teruk ni aku pun berbincang dengan ahli keluarga dia aku nak pergi ke sana.. dan nak tahu rumah dia dan kawasan2 sekitar dia.. ape yang terjadi... dan aku terus pergi.. pesakit aku tu  aku suruh dia tunggu situ dengan mak aku dan anak2 dia... hanya aku pergi dengan kawan aku dan suami dia je...

sampai je kawasan tu.. aku jumpa 1 tempat kiul budak... ah  tentu dia ada kat situ.. tapi aku pikir elok aku jangan masuk situ sebab situ adalah kawasan diorang... baik aku pergi je rumah pesakit ni.... elok sampai je rumah dia.. aku pun cari barang2 tu... xada pulak.... dan aku teliti kawasan mana yang dia masuk... aku cari dan cari akhirnya aku tahu ape punca...

ok bersambung....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 01:43 PM | Show all posts
best2 tak sabar menunggu sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:14 PM | Show all posts
bro..cepat sambung bro..
tak sabar da ni..best
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:53 PM | Show all posts
owh..aku terlambat barisan depan..

best2...cerita dari perawat mmg best..teruskan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:58 PM | Show all posts
cerita yg menarik. teruskan TT.

satu laagi soalan nak tanya, oleh kerana tt adalah perawat. boleh tak TT ceritakan bagaimana TT bole jadi perawat.? secara semulajadi? belajar dimana mana?

dan mengenai jin ni, aku pun keliru...bila jumpa perawt A dia kata jin tak bole dibunuh, malah kita sebagai manusia tak bole nampak jin. yang perawat B pulak kata jin bole dibunuh, yg tak bole adalah azazil je. Jin bole dilihat dgn amalan tertentu.

jadi TT sebagai perawat, apa pandangan TT?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 03:05 PM | Show all posts
aku pun selalu baca ttg ni..perawat berbeza pendapat boleh bunuh ke tak..mungkin perbezaan dari segi klasifikas dan nama kot..

tp yg lebih penting perawat tu dah bersungguh2 merawat pesakitnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2011 07:37 PM | Show all posts
ok.. aku jawab soalan tu... sebenarnya jin seelok2nya jangan bunuh dia.... elok kurungkan je dalam botol sebab dia boleh masuk islam dan masuk ke syurga... macam kita juga... melainkan syaitan dan iblis.... elok kita bunuh...

pada sesetengah orang dia boleh nampak dengan kebenaran Allah SWT.... xbererti dia ada sihir.... contoh pada perawat2 kalau xnampak macam mana dia nak rawat masalah gangguan ni.... maknanya dia xleh nak rawat dengan cara yang baik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 10:03 PM | Show all posts
sepanjang aku jadi perawat ni selama 10 tahun.... macam2 aku jumpa pesakit2 pahit dan manis.... untu ...
eazzad Post at 15-1-2011 15:20



   aku dah ingat, ko nih pompuan kan...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 10:34 PM | Show all posts
ok.. aku jawab soalan tu... sebenarnya jin seelok2nya jangan bunuh dia.... elok kurungkan je dalam b ...
eazzad Post at 16-1-2011 19:37



   citer laa camna tetiba ajer ko leh jadi perawat.. ada mimpi kaa. keturunan kaa, amalan kaa.. dari kecik kaa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 12:21 AM | Show all posts
klinik kt ne? nk dtg leh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.075493 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list