CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14471|Reply: 0

[Tempatan] Kementerian Kewangan pulangkan semula aset Tabung Haji

[Copy link]
Post time 6-10-2023 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kesian Mujahid digelar mcm2 & difitnah jual aset TH.


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan daripada Syarikat Tujuan Khas (SPV) Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun 2018.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia susulan prestasi pengurusan TH yang semakin baik serta pemulangan aset itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
Masa itu saudara Datuk Seri Mujahid Rawa sebagai menteri (Menteri Agama) beri usul dan MOF ambil alih keadaan TH ketika itu menghadapi masalah kewangan.
Sekarang dengan pengurusan baru lebih cekap dan dapat beri keyakinan dan pengurusan lebih mantap jadi MOF sedang berunding memindahkan semula aset dipegang MOF kepada TH," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji, di Menara TH, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.
Tambah Anwar lagi, tindakan itu sekali gus menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan ketika itu mendakwa aset TH dijual kepada bukan Islam.
"Semua aset, kita mula dan arah berbincang mungkin diambil secara berperingkat untuk pastikan pulangan itu baik.
"Ia sendirinya menjawab segala tohmahan dan fitnah sebelum ini bertahun-tahun berbakul-bakul fitnah mengatakan ia dijual, tiada dijual, masih kekal dan sebagai satu amanah dan sekarang sedang berunding dari segi kos dan tanggungan semuanya," katanya lagi.
Sebelum ini, media melaporkan TH memindahkan aset yang tidak menguntungkan bernilai kira-kira RM19.9 billion kepada SPV pada 31 Disember 2018.
Pemindahan aset itu bagi memantapkan kedudukan kewangan TH.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kementerian-kewangan-akan-pulangkan-semula-aset-tabung-haji-pm-439488
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.035984 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list