CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9537|Reply: 2

Tiada Perlindungan Insurans, Marshanda ‘Struggle’ Cari Duit Ubati Kanser

[Copy link]
Post time 7-10-2023 02:49 AM | Show all posts |Read mode
Berdepan dugaan menghidap kanser payudara sebelum ini, penyanyi Marshanda mendedahkan turut melalui fasa sukar daripada segi kewangan.


Menurut Marshanda atau Andriani Marshanda, 34, dia terpaka menanggung hutang tinggi bagi membiayai kos perubatan sebelum disahkan bebas dari penyakit tersebut.






Katanya juga dia tidak memiliki sebarang skim perlindungan kesihatan atau insurans kerana sebelum ini pernah didiagnos meghidap bipolar.


"Saya ada masalah bipolar dan sebab itu syarikat insuran tidak terima klien yang mempunyai masalah mental.


"Saya juga tidak punya wang sendiri yang terlalu banyak sedangkan kos perubatan sangat tinggi," katanya seperti yang dipetik dari Suara.


Awal Oktober lalu, Marshanda berkongsi berita gembira dirinya kini bebas kanser selepas dua tahun bertarung melawan penyakit itu.


Tambahnya lagi dia kini sudah berkemampuan untuk membayar kembali hutang pinjaman yang dibuat setelah kembali menerima tawaran kerja.


"Syukur hutang sebelum ini sudah boleh dibayar. Sebelum ini saya tidak sihat dan tak boleh bekerja. Lebih banyak masa dihabiskan untuk rehat.


"Sekarang tawaran kerja semakin banyak. Syukur rezeki berjalan lancar dan boleh bayar hutang," ujarnya.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 02:06 PM | Show all posts
semoga sihat2 baik2 shja utk anda marshanda.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:43 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.096705 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list