CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4343|Reply: 0

Speedy Tigers sekadar keenam Sukan Asia Hangzhou

[Copy link]
Post time 7-10-2023 07:01 AM | Show all posts |Read mode
Speedy Tigers sekadar keenam Sukan Asia Hangzhou


MALAYSIA (jersi kuning) tewas 2-5 kepada Pakistan pada penentuan tempat kelima dan keenam Sukan Asia Hangzhou hari ini. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA



PETALING JAYA – Skuad hoki lelaki negara perlu segera ‘menutup buku’ Sukan Asia Hangzhou apabila menamatkan sangan di kedudukan keenam selepas tewas 2-5 kepada Pakistan pada aksi terakhir di Stadium Gongshu Canal hari ini.

Ia adalah pencapaian terburuk Speedy Tigers sepanjang penyertaan di Sukan Asia sejak 1958 di Jepun, Tokyo mengulangi keputusan tempat keenam diraih pada edisi 2006 di Doha, Qatar.

Skuad bimbingan A. Arul Selvaraj dilihat masih tidak ‘move on’ daripada kegagalan melangkah ke separuh akhir selepas menamatkan aksi peringkat kumpulan di tangga ketiga di belakang China dan Korea Selatan.

Malaysia, No.10 dunia, membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan sudut penalti Muhamad Aminuddin Mohd. Zain tetapi cuma bertahan tiga minit sebelum Pakistan menyamakan kedudukan melalui Arbaz Ahmad.

Gol itu terhasil menerusi pukulan sudut penalti sebelum lawan di ranking ke-16 dunia itu menjadikan kedudukan 2-1 hasil jaringan padang Abdul Rehman pada minit ke-37.

Segalanya musnah buat skuad negara apabila bekas juara lapan kali itu meledak dua gol dalam dua tujuh minit menerusi pukulan sudut penalti Abdul Rana (m-51) dan jaringan padang Muhammad Ammad (m-53).

Muhammad Razie Abd. Rahim menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-58 menjadikan kedudukan 4-2 tetapi ia sudah terlambat apabila Afraz memastikan gol padang buat Pakistan seminit kemudian untuk merakam kemenangan 5-2.

Perlawanan itu tidak membawa apa-apa makna kepada Malaysia dan Pakistan kerana kedua-duanya layak bermain dalam aksi Kelayakan Olimpik yang akan diadakan di Muscat, Oman serta Valencia, Sepanyol pada Januari tahun depan.

Ia adalah peluang terakhir buat skuad negara untuk mencari tiket ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, sekali gus menamatkan penantian 23 tahun sejak kali terakhi beraksi pada edisi 2000 di Sydney, Australia.

Difahamkan, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan membuat satu sidang akhbar khas bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Najmi Razak dan barisan kejurulatihan serta pemain skuad lelaki negara pada Isnin ini. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ukan-asia-hangzhou/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.064599 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list