CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7095|Reply: 0

Tiada Yang Tahu Sebenarnya David Beckham Pernah Curang, Victoria Cerita Kisah Sebenar…

  [Copy link]
Post time 7-10-2023 07:08 AM | Show all posts |Read mode
Tiada Yang Tahu Sebenarnya David Beckham Pernah Curang, Victoria Cerita Kisah Sebenar…



Miss Murai rasa kita jarang atau mungkin tak pernah dengar kisah curang di antara David dan Victoria Beckham. Walaupun mereka nampak sangat bahagia dan menyayangi antara satu sama lain, sebenarnya ada kisah gelap di sebaliknya.

Dalam sebuah dokumentari bertajuk ‘Beckham’ yang ditayangkan di Netflix; isteri pemain bola sepak itu mendedahkan yang David sebenarnya pernah menjalinkan hubungan sulit.

  


Dengan hati yang berat, Victoria menceritakan berita hubungan sulit tersebut merupakan momen terburuk dalam hidupnya. Dedah Victoria, suaminya itu terjebak dengan skandal kecurangan dengan bekas pembantu peribadinya di Real Madrid.


Ketika itu David mempunyai seorang pembantu peribadi iaitu Rebecca Loos pada tahun 2003. Berita kecurangan itu diketahui oleh Victoria selepas Rebecca memberitahu dalam satu temu bual.

Rebecca yang dipecat selepas empat bulan bekerja dengan David, mendedahkan dia telah melakukan hubungan seksual sepanjang bekerja.

https://murai.my/wp-content/webp ... 023/10/3-1.jpg.webp

Selepas mengetahui tentang hal itu, Victoria memberitahu momen tersebut adalah mimpi buruk hidupnya. Dia kemudiannya berpindah ke Sepanyol, semata-mata mahu berada di samping David.

“Sebaik saja tiba di Sepanyol, kami bagaikan tidak mendapat sokongan satu sama lain. Ia amat menyedihkan. Saya tak dapat jelaskan betapa sukarnya saat itu dan bagaimana ia memberi kesan pada saya.”


Manakala David pula mendedahkan skandal kecurangan tersebut adalah ujian pertama dan terberat dalam perkahwinannya bersama Victoria.

“Kami bukan sahaja kehilangan satu sama lain tetapi tenggelam dalam ujian yang menimpa. Victoria segala-galanya buat saya, jadi apabila melihat dirinya terluka, ia amat sukar untuk saya. Tetapi kami sama-sama memilih untuk berjuang dan bertahan demi perkahwinan serta keluarga.”

Siapa sangka pasangan bahagia pun ada ujian sebegini…



Sumber:https://murai.my/2023/190146/tia ... rita-kisah-sebenar/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.262578 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list