CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4060|Reply: 0

[Melaka] Didakwa cederakan isteri, lelaki mengaku tidak bersalah

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:48 AM | Show all posts |Read mode

Melaka: Lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan sengaja mencederakan isterinya pada tengah malam Ahad lalu.

Shahmoonzhir Mohd Nazim, 32, dari Bukit Lintang di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nor Asikin Mohd Tap, 30, di sebuah rumah di Batu 6, Solok Balik Bukit, Bukit Lintang pada 12 tengah malam 1 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Fiqri Hakim mencadangkan wang jaminan RM10,000 dan syarat tambahan dilarang mengganggu isterinya dan saksi pendakwaan.

Tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana perlu menanggung anak yang masih kecil.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 November depan untuk sebutan lantikan peguam dan serahan dokumen.



SHAHMOONZHIR didakwa sengaja mencederakan isterinya pada Ahad lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gaku-tidak-bersalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.413318 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list